Suspek sindiket penyeludupan kenderaan dibawa kembali ke lokasi kejadian

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Suspek sindiket penyeludupan kenderaan dibawa kembali ke lokasi kejadian

Lelaki itu didakwa mencuri sebuah kereta BMW bernilai kira-kira S$1,000
Mar 23, 2026 | 6:57 PM

Suspek sindiket penyeludupan kenderaan dibawa kembali ke lokasi kejadian

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Mohd Mazuan Abdullah (tengah), diiringi polis, dibawa ke kedai alat ganti kenderaan di Sungei Kadut sekitar jam 3 petang. Dia merupakan antara tiga individu yang didakwa di mahkamah pada 16 Mac. 
Mohd Mazuan Abdullah (tengah), diiringi polis, dibawa ke kedai alat ganti kenderaan di Sungei Kadut sekitar jam 3 petang. Dia merupakan antara tiga individu yang didakwa di mahkamah pada 16 Mac.  - Foto ST

Seorang lelaki berusia 39 tahun yang dipercayai terlibat dalam sindiket penyeludupan kenderaan dari Singapura ke Malaysia telah dibawa kembali ke lokasi kejadian pada 23 Mac.

Mohd Mazuan Abdullah tiba di sebuah kedai alat ganti kenderaan di kawasan Sungei Kadut sekitar jam 3 petang, diiringi oleh pegawai polis dalam kenderaan rasmi.

Dia adalah antara tiga individu yang didakwa di mahkamah pada 16 Mac.

Menurut laporan pertuduhan yang dilihat Berita Harian (BH), Mazuan, bersama Terry Toh Kwang Huat and Abdullah Abbas Mohd Arba Ai, dituduh mencuri sebuah kereta BMW 116 bernilai sekitar S$1,000.

Mazuan, warga Malaysia, dipercayai terlibat dalam satu sindiket kecurian dan pengklonan kenderaan di Malaysia, yang membawa kepada penahanan 12 individu serta rampasan bernilai sekitar RM1.1 juta ($359,251).

Memetik laporan media tempatan Malaysia, suspek dipercayai memainkan peranan dalam menyeludup kenderaan curi dari Singapura ke Malaysia. Empat daripada kenderaan yang dirampas disyaki telah dicuri di Singapura sebelum dibawa masuk ke Malaysia.

Menurut Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Bukit Aman, operasi yang digelar Op Lejang Mewah Klon itu merupakan hasil daripada hampir lima bulan pengumpulan risikan.

Mereka yang ditahan terdiri daripada 10 lelaki dan dua wanita, berusia antara 33 hingga 60 tahun, kesemuanya warga Malaysia yang dipercayai terlibat secara langsung dalam kegiatan sindiket tersebut.

Siasatan juga mendedahkan bahawa beberapa suspek bertindak sebagai orang tengah dalam urusan jual beli kenderaan curi yang telah diklon.

Antara kenderaan yang dirampas termasuk Toyota Vellfire, Toyota Estima, Toyota Altis, Toyota Harrier, Mazda 3, Honda City, Honda City Hatchback dan Toyota Camry.

Pihak polis Malaysia kini sedang membantu Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam siasatan lanjut, tambah laporan itu.

Jika didapati bersalah, Mazuan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan juga denda.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg