Suspek sindiket seludup kenderaan dibawa kembali ke lokasi kejadian di S’pura
Suspek sindiket seludup kenderaan dibawa kembali ke lokasi kejadian di S’pura
Dia didakwa curi sebuah kereta BMW bernilai kira-kira $1,000
Mar 23, 2026 | 6:57 PM
Suspek sindiket seludup kenderaan dibawa kembali ke lokasi kejadian di S’pura
Mohd Mazuan Abdullah (tengah) dibawa ke kawasan tempat pelupusan kenderaan di Sungei Kadut pada 23 Mac. Dia merupakan antara tiga individu yang didakwa di mahkamah pada 16 Mac. - Foto ST
Seorang lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket pengklonan kenderaan di Malaysia telah dikenakan dua lagi pertuduhan mencuri pada 24 Mac, masing-masing melibatkan sebuah kenderaan.
Mohd Mazuan Abdullah, 39 tahun, seorang warga Malaysia, kini berdepan tiga pertuduhan mencuri yang berkaitan dengan tiga kereta yang telah dibatalkan pendaftarannya.
Laporan berkaitan
Polis Indonesia bongkar sindiket jual bayi melalui media sosial, 12 suspek ditahanFeb 26, 2026 | 11:53 AM
Lelaki diberkas atas dakwaan sengaja hina agama seseorangMar 17, 2026 | 6:05 PM

