Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jewel catat bilangan pengunjung tertinggi, lebih 80j pada 2024

Jumlah pengunjung dari luar negara naik 35% daripada jumlah pengunjung keseluruhan
Jan 27, 2025 | 7:31 PM
Hari Kebangsaan Singapura pada 9 Ogos 2024 mencatatkan jumlah pengunjung tertinggi di Jewel pada 2024, dengan sebanyak 354,036 pengunjung.
Hari Kebangsaan Singapura pada 9 Ogos 2024 mencatatkan jumlah pengunjung tertinggi di Jewel pada 2024, dengan sebanyak 354,036 pengunjung. - Foto ST

Jewel di Lapangan Terbang Changi mencatatkan jumlah pengunjung melebihi 80 juta orang pada 2024 – jumlah tertinggi yang pernah dicatatkan sejak dibuka pada 2019. 

Pengendali pusat beli belah dan hiburan itu mengumumkan pada 27 Januari bahawa ia mencatatkan peningkatan 10 peratus dalam jumlah pengunjung berbanding 2023, iaitu sekitar 74 juta orang.

Terdapat peningkatan 5 peratus dalam jualan pada 2024, walaupun Jewel tidak memberikan angka jualan tertentu untuk 2023, lapor The Straits Times.

Dalam kenyataan itu, jurucakap Jewel menyatakan bahawa jumlah pengunjung dari luar negara meningkat kepada 35 peratus daripada jumlah pengunjung keseluruhan, dengan pelancong dari China, Taiwan, Malaysia, Australia dan Filipina sebagai lima pasaran utama.

Hari Kebangsaan Singapura pada 9 Ogos 2024 mencatatkan jumlah pengunjung tertinggi untuk Jewel pada 2024, dengan 354,036 pengunjung pada hari itu buat kali pertama sejak 2020. 

Jewel juga telah menyambut satu juta pengunjung sepanjang hujung minggu Hari Kebangsaan dari 9 hingga 11 Ogos 2024.

Ketua pegawai eksekutif (CEO) Jewel Changi, Encik James Fong, berkata mereka teruja dengan prestasi Jewel yang baik walaupun pasaran runcit lemah.

Jewel akan terus sokong strategi perniagaan penyewa dan memperkenalkan pengalaman beli belah baru.

Hampir 30 kedai baru akan dibuka di Jewel pada 2025, termasuk jenama pakaian sukan Adidas, peralatan sukan Salomon, dan kedai ‘pop-up’ Nintendo.

Buat masa ini, kompleks runcit bernilai $1.7 bilion ini, yang merupakan usaha sama antara Changi Airport Group dan CapitaLand Group, menempatkan lebih 260 kedai dan restoran.

Prestasi runcit Jewel meningkat kerana jumlah penumpang di Lapangan Terbang Changi hampir pulih sepenuhnya ke tahap sebelum Covid-19, dengan sebanyak 67.7 juta penumpang. 

Kini, sebanyak 100 syarikat penerbangan mengendalikan lebih 7,400 penerbangan mingguan ke 163 bandar di 49 negara.

Pakar industri dan pihak berkuasa menjangkakan jumlah penumpang akan pulih sepenuhnya pada 2025. 

Pada pertengahan 2030-an, apabila Terminal 5 Lapangan Terbang Changi mula beroperasi, Singapura akan dihubungkan dengan lebih 200 bandar di seluruh dunia.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg