Apa kata luangkan petang Ahad bersama pasangan anda dengan menyertai sesi membuat biskut bersama Captain Roti, sambil berbual tentang isu keluarga dan keibubapaan dalam masyarakat Melayu?

Inilah pengalaman menarik yang menanti peserta acara Jom BHerbual & Buat Biskut, anjuran Berita Harian (BH), pada 25 Oktober ini di Studio Kulinari, Wisma Geylang Serai.

Peserta berpeluang mengikuti sesi membuat biskut bersama Captain Roti, dalam suasana santai dan menyeronokkan, sambil meluangkan masa bermutu bersama pasangan.

Lebih menarik, acara ini turut membuka ruang kepada pasangan muda dan ibu bapa untuk berbincang tentang persoalan yang semakin relevan dalam masyarakat Melayu hari ini: Mengapa keluarga Melayu kian mengecil?

Walaupun institusi keluarga terus menjadi tunjang masyarakat Melayu, semakin ramai pasangan memilih untuk mempunyai bilangan anak yang lebih kecil.

Apakah faktor yang mempengaruhi keputusan ini? Adakah kos sara hidup, tuntutan kerjaya, cabaran membesarkan anak atau perubahan aspirasi generasi muda?

Persoalan ini akan dikupas dalam sesi dialog bersama Menteri Negara (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam, yang dikendalikan Timbalan Editor Media Sosial BH, Cik Siti Aisyah Nordin.

Acara ini terbuka kepada ibu bapa muda, pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga serta pasangan yang belum mempunyai anak.

Pendaftaran adalah percuma, dan peserta digalakkan hadir bersama pasangan masing-masing.

Luangkan masa bersama pasangan anda untuk menyertai sesi membuat biskut bersama Captain Roti, sambil berbual tentang isu keluarga dan keibubapaan dalam acara anjuran Berita Harian pada 25 Oktober.
Luangkan masa bersama pasangan anda untuk menyertai sesi membuat biskut bersama Captain Roti, sambil berbual tentang isu keluarga dan keibubapaan dalam acara anjuran Berita Harian pada 25 Oktober. - Foto BH

Butiran acara:

Tarikh: Ahad, 25 Oktober 2026

Masa: 2 petang hingga 4.30 petang

Tempat: Studio Kulinari, Wisma Geylang Serai

Daftar di https://bh.sg/bBQy atau imbas kod QR di poster.

Jom buat biskut, berkongsi pandangan dan berbual tentang masa depan keluarga Melayu Singapura!

Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti