Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Josephine: Dua gangguan MPS di GRC Jalan Besar serupa dialami Shanmugam

Mar 14, 2025 | 9:26 PM
Sesi bertemu penduduk Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam dan Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital, Cik Josephine Teo telah diganggu oleh individu-individu yang dipercayai merupakan ahli kumpulan aktivis Monday of Palestine Solidarity .
Sesi bertemu penduduk Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam dan Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital, Cik Josephine Teo telah diganggu oleh individu-individu yang dipercayai merupakan ahli kumpulan aktivis Monday of Palestine Solidarity . - Foto oleh K. SHANMUGAM/FACEBOOK

Dua kejadian serupa yang mengganggu Sesi Bertemu Penduduk (MPS) Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam telah berlaku semasa pertemuan Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital, Cik Josephine Teo dengan penduduknya.

Dalam satu pos Facebook pada 14 Mac, Cik Teo, yang merupakan Anggota Parlimen (AP) bagi GRC Jalan Besar, berkata bahawa beliau tidak ingin menangani perkara tersebut secara awam. 

Namun, beliau mengambil keputusan untuk membuat sedemikian setelah melihat Encik Shanmugam memuatnaikkan video tentang pertikaman lidah bersama dua wanita daripada sebuah kumpulan aktivis.

Parti Tindakan Rakyat (PAP) telah mengenal pasti kededua wanita tersebut adalah dari kumpulan aktivis Monday of Palestine Solidarity

Pada masa itu, Cik Teo yang juga Menteri Ehwal Dalam Negeri Kedua, menerangkan bahawa dua wanita tersebut telah menghadiri MPS untuk meluahkan kebimbangan mereka tentang pendirian negara tentang perang Israel-Hamas. 

Walaupun sesi-sesi sedemikian mengutamakan penduduk yang mempunyai isu mendesak, Cik Teo berkata beliau telah bersedia untuk berjumpa mereka selepas melaksanakan tugasnya. 

“Hampir sejam saya dengar kerisauan mereka. Saya juga telah menyarankan supaya menulis kepada kementerian berkaitan, supaya pihak berkuasa dapat mendengar maklum balas wanita itu,” kata Cik Teo dalam pos Facebooknya. 

Beberapa minggu kemudian, satu artikel dalam talian telah diterbit tentang perbuatan Cik Teo, walaupun interaksi semasa MPS sepatutnya rahsia. 

AP juga tidak selalunya dedahkan perkara yang telah dibincang, tambah beliau.

“Walaupun artikel ini mengakui bahawa saya telah berbual bersama kedua-dua wanita dengan empati, ia sukar untuk melihat apa-apa sebab untuk menerbitkan artikel tersebut selain daripada untuk menyebarkan bahawa mereka telah berjaya mengganggu MPS saya,” ujar Cik Teo.

Pada Januari, seorang penduduk yang telah menghadiri MPS yang lepas telah ditemani seorang ‘anak perempuan’, yang kononnya mencari bantuan kewangan. 

Namun, apabila giliran mereka untuk jumpa Cik Teo, wanita yang lebih muda itu telah menghulurkan satu dokumen kepada wanita yang lebih tua. 

Mereka membaca dokumen tersebut, dengan kandungan yang langsung tidak berkaitan dengan bantuan kewangan. 

Sukarelawan telah menyokong wanita yang lebih tua untuk beberapa lama dengan menyediakan barangan runcit bulanan dan catuan makanan mingguan. 

“Demi menghormati privasi mereka, kami tidak mempersoalkan bagaimana tiba-tiba ada seorang ‘anak perempuan’ menemani beliau ke MPS,” kata Cik Teo sambil menambah bahawa sukarelawan tetap membantu beliau sehingga ke hari ini. 

Kejadian-kejadian ini, yang dijalankan oleh kumpulan aktivis Monday of Palestine Solidarity, telah berlaku di lebih daripada 10 MPS, kata PAP dalam satu kenyataan. 

Kumpulan itu biasanya akan menimbulkan kekecohan di ruang menunggu dan mengganggu sistem giliran, meninggikan suara mereka sambil merakam video, dan mengganggu penduduk.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg