Josephine: Hampir semua sistem IT sudah kembali normal

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Josephine: Hampir semua sistem IT sudah kembali normal

Gangguan sistem IT sejagat beri peringatan pentingnya pertubuhan serta syarikat ambil langkah kemas kini pelan kesinambungan perniagaan (BCP)
Jul 21, 2024 | 2:42 PM

Josephine: Hampir semua sistem IT sudah kembali normal

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Gangguan IT pada 19 Julai dipercayai berpunca daripada pengemaskinian sofwe yang dikeluarkan penyedia khidmat keselamatan siber CrowdStrike.
Gangguan IT pada 19 Julai dipercayai berpunca daripada pengemaskinian sofwe yang dikeluarkan penyedia khidmat keselamatan siber CrowdStrike. - Foto AFP

Kebanyakan sistem Teknologi Maklumat (IT) yang terjejas dek gangguan sejagat pada 19 Julai kini kembali seperti biasa, menurut Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital, Cik Josephine Teo, pada 21 Julai.

Bagi memastikan Singapura bersedia menghadapi insiden seperti ini pada masa akan datang, pertubuhan serta syarikat perlu mengambil langkah mengemas kini pelan kesinambungan perniagaan (BCP) serta berlatih dengan kerap, tambah Cik Teo.

Menurut beliau, persediaan menghadapi insiden seperti gangguan sistem IT yang dihadapi baru-baru ini biasanya bermula semasa “tempoh aman” apabila semua sistem beroperasi dengan baik apabila ramai yang mungkin “dibuai rasa selesa”.

“Apabila semuanya sedang berjalan dengan lancar, inilah sebenarnya masa apabila kita perlu bertindak memperkukuh pertahanan.

“Ia bermula dengan menjalankan ujian, meletakkan perlindungan yang sesuai supaya insiden dapat dicegah di peringkat awal,” kata Cik Teo dalam satu hantaran di media sosial.

Selain itu, ujian juga perlu dijalankan di beberapa peringkat supaya langkah perlindungan yang sesuai dapat ditetapkan, tambah Cik Teo.

Ini merangkumi usaha merancang respons sesuai apabila berlakunya insiden yang menjejas operasi, termasuk melalui BCP yang dimiliki banyak syarikat.

“Penting untuk kita terus mengemas kini BCP dan berlatih dengan kerap, menguji diri kita menghadapi tekanan seperti ini melalui Tabletop Exercises (simulasi latihan).

“Di Singapura, kita ambil serius latihan seperti ini, ” kata Cik Teo.

Ini termasuk keseluruhan agensi pemerintah yang mengadakan simulasi latihan setiap tahun, tambahnya.

Dalam tempoh tiga tahun lalu, hampir 100 agensi pemerintah telah melatih respons pengurusan krisis sebagai satu pasukan.

Latihan seperti ini dapat membantu mempertingkat respons terhadap kecemasan dan mengukuhkan lagi keyakinan terhadap kakitangan, proses dan juga teknologi, kata Cik Teo.

“Melalui latihan seperti ini, kita dapat memastikan bahawa teknologi kita dikemas kini dan berdaya tahan menghadapi sebarang gangguan.

“Kewujudan BCP dan simulasi latihan tidak akan menghapuskan krisis. Malah, ia wujud kerana kita sedar gangguan akan berlaku.

“Justeru kita perlu berusaha sedaya mungkin sebelum insiden berlaku supaya kita boleh bangkit semula daripada gangguan,” kata Cik Teo.

Beliau menggesa agar orang ramai meraih pengajaran daripada insiden tersebut demi memperkukuh daya tahan digital Singapura.

Gangguan IT tersebut dipercayai berpunca daripada pengemaskinian sofwe yang dikeluarkan penyedia khidmat keselamatan siber CrowdStrike.

Firma Amerika Syarikat tersebut menyediakan khidmat kepada puluhan ribu perusahaan sejagat, termasuk bank, pejabat dan hospital.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg