Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Josephine: Kakitangan SingPost dilatih tangani kiriman curiga, serah kepada polis, SCDF jika temu barang bahaya

Oct 15, 2025 | 3:28 PM
Seorang lelaki telah didakwa di mahkamah pada 27 September atas dakwaan menghantar sampul surat yang dialamatkan kepada Masjid Al-Istiqamah yang terletak di 2 Serangoon North Avenue 2, dan mengandungi seketul daging khinzir dan nota bertulis “halal BaBi chop”.
Seorang lelaki telah didakwa di mahkamah pada 27 September atas dakwaan menghantar sampul surat yang dialamatkan kepada Masjid Al-Istiqamah yang terletak di 2 Serangoon North Avenue 2, dan mengandungi seketul daging khinzir dan nota bertulis “halal BaBi chop”. - Foto ZAOBAO

Kakitangan SingPost dilatih untuk mengenali tanda-tanda mencurigakan, seperti kebocoran dalam kiriman pos, kata Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital, Cik Josephine Teo.

Cik Teo berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Parlimen oleh Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang) pada 14 Oktober, yang bertanya sama ada langkah-langkah telah diambil dalam sistem pos dan penghantaran untuk mengesan dan memintas bahan berbahaya atau organik.

Soalan Encik Zhulkarnain itu difailkan susulan kejadian bungkusan berisi daging khinzir di Masjid Al-Istiqamah pada September.

Seorang lelaki, Bill Tan Keng Hwee, 61 tahun, telah didakwa di mahkamah pada 27 September atas dakwaan terlibat dalam penghantaran bungkusan berisi daging khinzir ke masjid itu.

Dokumen mahkamah menunjukkan Tan didakwa menghantar sampul surat yang dialamatkan kepada Masjid Al-Istiqamah yang terletak di 2 Serangoon North Avenue 2, yang mengandungi seketul daging khinzir dan nota bertulis “halal BaBi chop”.

Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Encik K. Shanmugam, turut berkata terdapat beberapa kejadian serupa yang melibatkan masjid lain, namun beliau tidak memberikan butiran lanjut.

Susulan kejadian bungkusan mengandungi daging khinzir yang diterima Masjid Al-Istiqamah itu, pemimpin agama dan pertubuhan daripada pelbagai kepercayaan di Singapura telah menyatakan perpaduan mereka dengan masyarakat Islam, termasuk Biskop Philip Lim daripada Gereja Methodist Singapura.

Dalam jawapannya, Cik Teo berkata di bawah Peraturan Perkhidmatan Pos 2008, kiriman pos yang dilarang termasuk senjata atau bahan letupan, bahan berbahaya, dadah terkawal dan bahan berbahaya lain.

Pemeriksaan dilakukan di lokasi terpilih, contohnya, sempadan negara, tambah Cik Teo.

“Kakitangan SingPost juga dilatih untuk mengenali tanda-tanda mencurigakan seperti kebocoran dalam kiriman pos.

“Apabila kiriman mencurigakan ditemui, prosedur standard SingPost adalah untuk merujuknya kepada Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), yang akan bertindak untuk menilai ancamannya, dan membendungnya jika perlu,” kata Cik Teo.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg