Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Josephine Teo terus ketuai pasukan PAP di Jalan Besar

Apr 16, 2025 | 10:45 AM
Anggota Parlimen Encik Wan Rizal (kiri), Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital & Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Cik Josephine Teo, Datuk Bandar, Daerah Central Singapura, Cik Denise Phua Lay Peng, dan mantan pengarah di Kementerian Kewangan (MOF), Encik Shawn Loh (kanan), berkongsi bersama media rancangan mereka bagi Pilihan Raya Umum 2025 (GE2025) di Taman Whampoa pada 16 April.
Anggota Parlimen Encik Wan Rizal (kiri), Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital & Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Cik Josephine Teo, Datuk Bandar, Daerah Central Singapura, Cik Denise Phua Lay Peng, dan mantan pengarah di Kementerian Kewangan (MOF), Encik Shawn Loh (kanan), berkongsi bersama media rancangan mereka bagi Pilihan Raya Umum 2025 (GE2025) di Taman Whampoa pada 16 April. - Foto SPH

Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital, Cik Josephine Teo akan terus memimpin pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) di GRC Jalan Besar untuk menandingi Pilihan Raya Umum 2025.

Pasukan empat anggota itu turut dianggotai  Dr Wan Rizal Wan Zakariah, Cik Denise Phua dan calon kali pertama, Encik Shawn Loh, 38 tahun.

Encik Loh mantan pengarah program keselamatan dan daya bingkas di Kementerian Kewangan dan telah dilihat bermesra bersama penduduk pada beberapa acara Jalan Besar bulan ini.

Menteri Negara Kanan (Pertahanan), Encik Heng Chee How, 63 tahun pula mengundur diri selepas berkhidmat 24 tahun kepada penduduk Jalan Besar.

Di acara media di Taman Whampoa pada 16 April, Cik Teo mengucapkan terima kasih kepada Encik Heng kerana berkhidmat sekian lama untuk penduduk di Jalan Besar.

Cik Teo memimpin pasukan PAP di Jalan Besar yang terdiri daripada Cik Phua, Encik Wan Rizal dan Encik Heng untuk mengatasi Parti Suara Rakyat dengan meraih sekitar 65 peratus undi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg