Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Josephine: Usaha LBKM tingkat kesejahteraan masyarakat melalui pendidikan realisasi visi ‘Kita Dahulu’

Badan bantuan biasiswa dan dermasiswa sumbang lebih $30 juta, sampaikan lebih 38,000 anugerah dalam 60 tahun
Nov 15, 2025 | 10:24 PM
Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital, Cik Josephine Teo, memuji Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM), atas pemikiran ‘Kita Dahulu’ yang mencerminkan nilai teras negara.
Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital, Cik Josephine Teo, memuji Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM), atas pemikiran ‘Kita Dahulu’ yang mencerminkan nilai teras negara. - Foto BM oleh DESMOND WEE

Usaha berterusan masyarakat dalam meningkatkan kesejahteraan anggotanya, terutamanya melalui pendidikan, adalah penting dalam merealisasikan visi Singapura sebagai sebuah masyarakat “Kita Dahulu’ (We First Society), kata Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital, Cik Josephine Teo.

Berucap padai majlis penyampaian Anugerah Biasiswa Tahunan Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) di Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec pada 15 November, Cik Teo memuji usaha enam dekad badan itu yang mencerminkan nilai teras negara.

Menyentuh tentang ulang tahun LBKM yang ke-60, beliau memuji pencapaian besar pertubuhan itu, sambil menyatakan usaha mereka mencerminkan pemikiran ‘Kita Dahulu’ yang diketengahkan generasi baru pemimpin Singapura.

“Sepanjang enam dekad, LBKM telah menyampaikan lebih 38,000 anugerah, dan jumlah keseluruhan yang telah disampaikan daripada hasil kajian saya melebihi $30 juta. Itu sangat penting,” kata beliau.

LBKM turut mengumumkan pemberian $1.37 juta dalam bentuk biasiswa kepada 656 pelajar. Ini merupakan jumlah tertinggi sejauh ini.

Majlis tersebut juga menyaksikan pelancaran Program Tajaan MIB, yang julung-julung kalinya diusahakan LBKM bersama Maybank Singapura.

Cik Teo menegaskan penglibatan masyarakat adalah penting bagi kontrak sosial Singapura, dan sumber pemerintah sahaja tidak mencukupi untuk memperkasa rakyat melalui pendidikan.

“Pilihan yang dibuat LBKM selama ini… adalah untuk memperkukuh ekosistem kita di Singapura melalui pendidikan.

“Masyarakat perlu tampil dan perlu menghantar pesanan yang jelas kepada pelajar cemerlang bahawa usaha mereka diiktiraf,” katanya lagi.

Mengimbas perjalanan Singapura menuju ke ulang tahun kemerdekaan yang ke-60 atau SG60, beliau berkata negara ini sering memilih laluan yang kurang dilalui, membina satu model unik berasaskan keterbukaan, kepelbagaian budaya dan penentuan nasib sendiri. Namun, perjalanan ini perlu diurus dengan teliti.

“Kita telah memilih laluan yang kita percaya sesuai untuk kita… sambil menerima ia tidak sentiasa membawa hasil yang sama rata. Maka kita mesti mengekang ketidaksamaan itu,” tambahnya.

Di samping itu, Cik Teo juga menggalakkan penerima anugerah untuk melihat diri mereka sebagai komponen utama ekosistem sosial, mengaitkan kejayaan peribadi mereka kembali kepada masyarakat yang menyokong mereka.

“Sebagai sebahagian daripada masyarakat , kami bersorak untuk anda... dan kami tahu pada masa yang sesuai, dengan cara anda sendiri, anda akan menyumbang kembali demi memperkukuh masyarakat dan seterusnya, negara kita,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg