Topik diikuti
Pergi ke BHkuKad Ketibaan SG tampil dengan ‘rupa’ baharu, 19 pilihan bahasa
Kad Ketibaan Singapura (SGAC) akan mendapat rupa baharu, dengan 19 bahasa tersedia dan ciri imbasan pasport dengan pengisian automatik disediakan untuk pengembara bagi mempercepatkan proses penyerahan (submission).
Ciri-ciri baharu itu akan tersedia di kedua-dua aplikasi mudah alih MyICA dan laman web Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA).
Pelancong boleh mencuba ciri-ciri ini di laman web mulai 26 Ogos, kata ICA dalam satu hantaran Facebook pada 19 Ogos.
SGAC merupakan satu deklarasi kesihatan wajib yang perlu diserahkan oleh semua pelancong sebelum tiba di Singapura, kecuali mereka yang transit tanpa memerlukan kelulusan imigresen, dan penduduk yang melalui pusat pemeriksaan darat di Woodlands dan Tuas.
Tangkap layar ‘antara muka’ yang dipertingkat itu turut akan mempamerkan reka bentuk yang lebih mesra pengguna dengan navigasi yang lebih lancar dan mudah, kata ICA dalam hantarannya.
