SPH Logo mobile
Langgan|

Kad Nets edisi khas SG60 kini dijual pada harga $10

Kad Nets edisi khas SG60 kini dijual pada harga $10

Jul 14, 2025 | 4:57 PM

Kad Nets edisi khas SG60 kini dijual pada harga $10

SG60, Kad Nets, FlashPay
Kad Nets FlashPay edisi khas ini menampilkan rekaan berwarna-warni yang mengambil inspirasi daripada mercu tanda negara seperti Taman di Persisiran dan Marina Bay Sands. - Foto NETS

Kad Nets FlashPay edisi khas yang dikeluarkan sempena ulang tahun ke-60 kemerdekaan Singapura (SG60) kini boleh dibeli mulai 14 Julai.

Kad ini menampilkan rekaan berwarna-warni yang mengambil inspirasi daripada mercu tanda negara seperti Taman di Persisiran dan Marina Bay Sands.

Ia merupakan “simbol perpaduan, ketabahan dan kenangan bersama,” menurut Nets.

Setiap kad berharga $10, termasuk nilai tersimpan sebanyak $5.

Kad ini boleh didapati di cawangan 7-Eleven, Pejabat-pejabat Tiket SimplyGo, pusat khidmat penumpang SMRT serta kedai pertukaran mata wang Travelex, lapor The Straits Times.

Mulai 18 Julai, kad tersebut juga boleh dibeli di stesen minyak Caltex, Shell dan SPC, serta di kedai serbaneka Buzz, cawangan JBI Trading dan pasar mini Sunshine.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg