Kadar ERP di 3 lokasi naik $1 mulai 9 Sep

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kadar ERP di 3 lokasi naik $1 mulai 9 Sep

Sep 2, 2024 | 3:14 PM

Kadar ERP di 3 lokasi naik $1 mulai 9 Sep

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Kenaikan kadar ERP itu dibuat selepas semakan terkini keadaan lalu lintas pada Julai oleh LTA menunjukkan bahawa beberapa bahagian pelbagai ekspreswe semakin sesak.
Kenaikan kadar ERP itu dibuat selepas semakan terkini keadaan lalu lintas pada Julai oleh LTA menunjukkan bahawa beberapa bahagian pelbagai ekspreswe semakin sesak. - Foto ZAOBAO

Kadar Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) di tiga lokasi akan meningkat sebanyak $1 bagi tiga tempoh masa mulai 9 September, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada 2 September.

Kenaikan itu dibuat selepas semakan terkini keadaan lalu lintas bagi Julai oleh LTA mendapati pelbagai bahagian di ekspreswe di sini semakin sesak.

Di setiap satu daripada tiga gantri di Ekpreswe Ayer Rajah (AYE) selepas Jurong Town Hall menuju ke bandar, pemandu akan dikenakan bayaran $3 antara 7.30 pagi dengan 8 pagi.

Di dua gantri di Ekspreswe Pantai Marina (MCE) (Arah Timur) sebelum susur keluar ke Central Boulevard dan di jalan susur dari Marina Boulevard, pemandu akan dikenakan bayaran $1 dari 6.30 petang hingga 7 malam, lapor The Straits Times.

Di Ekspreswe Kallang-Paya Lebar (KPE) ke arah East Coast Parkway selepas Jejambat Defu, pemandu akan dikenakan bayaran $4 dari 8 pagi hingga 8.30 pagi.

Kadar untuk slot masa dan gantri lain kekal tidak berubah.

LTA berkata walaupun terdapat perubahan itu, bilangan lokasi dan slot masa dengan bayaran ERP masih lebih rendah berbanding sebelum wabak Covid-19.

Menurutnya, ia akan terus memantau kelajuan lalu lintas dan tahap kesesakan dengan teliti dan menilai sama ada kadar ERP perlu disesuaikan lagi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg