Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kadar ERP naik $1 di 4 lokasi mulai 2 Jan

Nov 17, 2025 | 3:01 PM
erp, harga naik, kesesakan, eskspreswe, lta
Menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), pihaknya memantau keadaan trafik sepanjang Oktober dan mendapati kesesakan meningkat di beberapa bahagian ekspreswe. - Foto fail

Mulai 2 Januari, para pemandu perlu membayar kadar Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) lebih tinggi di empat lokasi apabila ia dinaikkan sebanyak $1, menurut kenyataan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada 17 November.

Berikut empat lokasi yang terjejas dengan langkah kenaikan harga tersebut:

– Di Ekspreswe Ayer Rajah (AYE) selepas North Buona Vista menuju Tuas, pemandu akan dikenakan bayaran $1 antara 5 petang dengan 5.30 petang.

– Di Ekspreswe Central (CTE) menghala ke utara sebelum Ekspreswe Rentas Pulau (PIE), pemandu akan dikenakan bayaran $1 antara 5.30 petang dengan 7 malam.

– Di Ekspreswe Kallang-Paya Lebar (KPE) (East Coast Parkway) selepas Jejambat Defu, pemandu akan dikenakan bayaran $5 antara 8 pagi dengan 8.30 pagi.

– Di dua gantri di PIE (Kallang Bahru dan jalan susur ke Bendemeer), pemandu akan dikenakan bayaran $1 antara 7.30 pagi dengan 8.30 pagi; serta antara 9.30 pagi dengan 10 pagi. Kadar ERP akan menjadi $2 dari 9 pagi hingga 9.30 pagi.

Menurut LTA, pihaknya memantau keadaan trafik sepanjang Oktober dan mendapati kesesakan meningkat di beberapa bahagian ekspreswe.

Kenaikan kadar ini dilakukan untuk mengurus dan mengurangkan kesesakan di lokasi berkenaan.

Selain itu, kadar ERP di enam lokasi akan dikurangkan buat sementara waktu sepanjang tempoh cuti sekolah hujung tahun, dari 24 November hingga 31 Disember.

Kadar tersebut akan kembali seperti sebelum ini mulai 2 Januari.

Berikut ialah lokasi yang terjejas dengan perubahan tersebut:

– Di tiga gantri di AYE selepas Jurong Town Hall menuju pusat bandar, pemandu akan dikenakan bayaran $3 antara 7.30 pagi dengan 8 pagi; dan $2 antara 5.30 petang dengan 6 petang.

– Di empat gantri di CTE menghala ke selatan selepas Braddell Road dan jalan susur PIE ke CTE menghala ke selatan, pemandu akan dikenakan bayaran $1 antara 7.30 pagi dengan 8 pagi; $3 antara 8 pagi dengan 8.30 pagi dan $2 antara 9.30 pagi dengan 10 pagi.

– Di dua gantri di PIE (Adam Road dan Mount Pleasant), pemandu akan dikenakan bayaran $1 antara 7.30 pagi dengan 8 pagi.

– Di PIE menghala ke barat sebelum Eunos Link, pemandu tidak perlu membayar kadar ERP antara 7.30 pagi dengan 8.30 pagi.

– Di KPE (ECP) selepas Jejambat Defu, pemandu tidak perlu membayar ERP dari 7 pagi hingga 7.30 pagi. Manakala, antara 7.30 pagi dengan 8 pagi, kadar ERP ialah $2.

– Di lorong tambahan CTE menghala ke selatan PIE (Changi)/Serangoon Road, pemandu akan dikenakan bayaran $1 antara 7.30 pagi dengan 8 pagi; $2 antara 8 pagi dengan 8.30 pagi; $4 antara 8.30 pagi dengan 9 pagi; dan $3 antara 9 pagi dengan 9.30 pagi.

LTA berkata pihaknya akan terus memantau kelajuan trafik dan tahap kesesakan dengan teliti, serta menilai jika langkah penyesuaian kadar ERP perlu dilakukan lagi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg