Mulai 2 Januari, para pemandu akan perlu membayar kadar Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) lebih tinggi di empat lokasi apabila ia dinaikkan sebanyak $1, menurut kenyataan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada 17 November.
Berikut ialah empat lokasi yang terjejas dengan langkah kenaikan harga tersebut:
Menurut LTA, pihaknya memantau keadaan trafik sepanjang Oktober dan mendapati kesesakan meningkat di beberapa bahagian ekspreswe.
Kenaikan kadar ini dilakukan untuk mengurus dan mengurangkan kesesakan di lokasi berkenaan.
Selain itu, kadar ERP di enam lokasi akan dikurangkan buat sementara waktu sepanjang tempoh cuti sekolah hujung tahun, dari 24 November hingga 31 Disember.
Kadar tersebut akan kembali seperti sebelum ini mulai 2 Januari.
Berikut ialah lokasi yang terjejas dengan perubahan tersebut:
LTA berkata pihaknya akan terus memantau kelajuan trafik dan tahap kesesakan dengan teliti, serta menilai jika langkah penyesuaian kadar ERP perlu dilakukan lagi.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg