Kadar obesiti melonjak dalam masyarakat Melayu

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kadar obesiti melonjak dalam masyarakat Melayu

Mar 5, 2026 | 1:24 PM

Kadar obesiti melonjak dalam masyarakat Melayu

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Masalah obesiti dalam masyarakat Melayu telah melonjak daripada 24 peratus pada 2020 kepada 32 peratus pada 2024, berdasarkan dapatan Tinjauan Kesihatan Penduduk Kebangsaan (NPHS). Ia menimbulkan kebimbangan besar meningkatnya risiko menghidapi pelbagai penyakit kronik.
Masalah obesiti dalam masyarakat Melayu telah melonjak daripada 24 peratus pada 2020 kepada 32 peratus pada 2024, berdasarkan dapatan Tinjauan Kesihatan Penduduk Kebangsaan (NPHS). Ia menimbulkan kebimbangan besar meningkatnya risiko menghidapi pelbagai penyakit kronik. - Foto fail

Peratusan orang Melayu yang mengalami obesiti telah melonjak kepada 32 peratus pada 2024, berbanding 24 peratus pada 2020.

Demikian menurut Tinjauan Kesihatan Penduduk Kebangsaan (NPHS).

Ini bermakna kira-kira seorang daripada tiga orang Melayu kini berdepan masalah obesiti.

Kenaikan itu menimbulkan kebimbangan besar, memandangkan obesiti meningkatkan risiko pelbagai penyakit kronik, kata Menteri Negara (Kesihatan merangkap Penerangan dan Pembangunan Digital), Cik Rahayu Mahzam.

Beliau berkata demikian dalam perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) Kementerian Kesihatan (MOH) di Parlimen pada 5 Mac.

Menukil Tinjauan Pemakanan Kebangsaan, Cik Rahayu berkata pengambilan kalori, serta makanan dan minuman manis merupakan paling tinggi dalam kalangan masyarakat Melayu.

Dapatan itu turut mendedahkan orang Melayu mengambil jumlah lemak tepu yang tinggi, mungkin berpunca daripada penggunaan minyak masak yang berlebihan.

Cik Rahayu yakin masyarakat boleh membuat perubahan kecil secara tekal, selaras dengan gaya hidup dan budaya.

“Sememangnya, dalam budaya dan agama kita, keseimbangan itu penting. Menjaga tubuh kita adalah satu amanah.

“Maka itu, mari kita sama-sama kurangkan pengambilan gula, sodium dan lemak tepu dan lebih memakan hidangan yang sihat dan seimbang,” kata beliau.

Dapatan NPHS 2024 mendedahkan trend membimbangkan.

Antaranya, pemeriksaan kesihatan penyakit kronik dalam kalangan penduduk Melayu turun daripada 64 peratus pada 2019, kepada 55 peratus pada 2024.

Kadar pemeriksaan barah buah dada pula merosot, daripada 29 peratus pada 2019, kepada hanya 18 peratus pada 2024.

“Apabila keadaan kronik dan barah tidak dikesan awal, komplikasi serius akan timbul, dan ini memerlukan rawatan yang lebih intensif dan mahal,” kata beliau.

Demi menggalak lebih ramai anggota masyarakat Melayu/Islam menyertai pemeriksaan kesihatan, Cik Rahayu berkata Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) telah memperkenalkan program baharu, Jom Check!, sejak Mei 2025.

Program itu menawarkan sokongan peribadi dalam kelompok kecil, membantu penduduk mendaftar untuk SG Yang Lebih Sihat, dan membuat janji temu pemeriksaan kesihatan.

Usaha itu, tambah Cik Rahayu, dijalin dengan pelbagai rakan kongsi kesihatan.

Setakat ini, 16 sesi telah diadakan di seluruh negara, menjangkau lebih 300 penduduk.

Dengan sambutan positif itu, HPB akan memperluas Jom Check! untuk mendekati dan memanfaatkan lebih ramai penduduk.

“Mengambil tindakan kecil untuk menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala sekarang, boleh mengelakkan masalah yang lebih besar pada masa hadapan,” kata beliau.

Cik Rahayu turut menyatakan bahawa pemerintah, bersama Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Yayasan Mendaki, dan Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (PA Mesra) melalui M Kuasa Tiga (M³) dan rakan kongsi rangkaian Jaga Kesihatan, Jaga Ummah (JKJU), akan terus menyokong usaha meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan masyarakat.

“Saya berasa terdorong melihat kemajuan secara beransur-ansur dalam masyarakat.

“Melalui usaha Bidang Tumpuan (FA) Kelima, atau FA5, lebih daripada 90,000 orang telah mengambil bahagian dalam pelbagai program pada 2025,” kata beliau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg