Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kadar pemulangan subsidi 6%-9% bagi flat HDB Prime, Plus

Oct 16, 2024 | 12:16 PM
8,573 flat dalam tawaran Bina Ikut Tempahan (BTO) Oktober 2024 yang diumumkan awal Oktober oleh Menteri Pembangunan Negara yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Integrasi Khidmat Sosial, Encik Desmond Lee, di mana 70 peratus flat datang dengan waktu menunggu kurang empat tahun.
8,573 flat dalam tawaran Bina Ikut Tempahan (BTO) Oktober 2024 yang diumumkan awal Oktober oleh Menteri Pembangunan Negara yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Integrasi Khidmat Sosial, Encik Desmond Lee, di mana 70 peratus flat datang dengan waktu menunggu kurang empat tahun. - Foto ST
Kadar pemulangan subsidi ditetapkan pada 9 peratus bagi projek Prime, dan antara 6 peratus dan 8 peratus bagi projek Plus.
Kadar pemulangan subsidi ditetapkan pada 9 peratus bagi projek Prime, dan antara 6 peratus dan 8 peratus bagi projek Plus. - Grafik BH oleh IFFAH QISTINA

Flat di bawah klasifikasi Plus dan Prime akan dikenakan kadar pemulangan subsidi antara 6 hingga 9 peratus di bawah sistem klasifikasi flat baru itu.

Dalam menentukan kadar pemulangan subsidi, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) mengambil kira subsidi-subsidi tambahan yang diperlukan untuk memastikan projek-projek individu yang mempunyai nilai pasaran yang berbeza lebih dimampui, seperti yang diumumkan oleh lembaga tersebut pada 16 Oktober.

Kadar pemulangan subsidi ditetapkan pada 9 peratus bagi projek Prime dan antara 6 peratus dengan 8 peratus bagi projek Plus.

Daripada 15 projek Bina Ikut Tempahan (BTO) yang ditawarkan di sembilan bandar HDB pada Oktober 2024, tujuh digolongkan di bawah klasifikasi Standard, tujuh di bawah Plus, dan satu sebagai projek Prime.

Pengumuman ini adalah sebahagian daripada 8,573 flat dalam latihan BTO pada Oktober 2024 yang diumumkan oleh Menteri Pembangunan Negara yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Integrasi Khidmat Sosial, Encik Desmond Lee pada awal Oktober, di mana 70 peratus flat mempunyai waktu menunggu kurang daripada empat tahun.

Projek flat di bawah kategori Standard termasuk West Brickville @ Bukit Batok, Taman Jurong Skyline, Costa Rivera I dan II, Fernvale Oasis, Fernvale Sails dan Marsiling Ridge.

Projek di bawah kategori Plus termasuk Trio Central @ AMK, Bayshore Vista, Bayshore Palms, Kembangan Wave, Merpati Alcove, Kallng View dan Towner Breeze.

Projek di bawah kategori Prime pula ialah Crawford Heights.

Projek flat di lokasi yang dianggap lebih baik disebabkan berbagai faktor seperti dekat dengan pusat bandar, perhubungan pengangkutan dan kemudahan yang ada akan mempunyai nilai pasaran yang lebih tinggi.

Flat-flat ini bakal diberi lebih banyak subsidi tambahan untuk menurunkan harga nilai agar ia lebih dimampui oleh warga Singapura.

Oleh itu, untuk mengimbangi subsidi tambahan yang lebih tinggi bagi projek-projek ini, kadar pemulangan subsidi yang lebih tinggi akan dikenakan.

“Untuk mengekalkan kesamaan dengan pembeli flat BTO lain yang tidak diberikan subsidi tambahan, pemilik flat Plus dan Prime akan dikehendaki membayar HDB peratusan harga jualan semula atau taksiran (yang mana lebih tinggi) flat itu apabila dijual, selepas memenuhi Tempoh Penginapan Minimum (MOP) 10 tahun,” kata HDB.

PILIHAN LUAS BAGI GOLONGAN BUJANG

Golongan bujang kini boleh memohon untuk flat fleksi dua bilik di lokasi seperti di Ang Mo Kio, Bedok, Bukit Batok, Jurong West, Kallang Whampoa, Pasir Ris dan Sengkang.

Sebelum ini, mereka hanya dihadkan kepada estet bukan matang.

‘FLAT PUTIH’

Pelancaran flat BTO Oktober 2024 juga akan menyaksikan 312 unit flat 3 bilik dan 4 bilik berkonsepkan ‘flat putih’ atau White Flats di Crawford Heights.

Melalui konsep ini, pembeli rumah akan diberi pilihan memilih jenis flat HDB baru tanpa pemecahan ruang dan dinding untuk mewujudkan ruang tamu dan bilik tidur berkonsep terbuka dan fleksibiliti yang lebih luas dengan harga $6,000 hingga $8,600.

Menurut HDB, lebih banyak ‘flat putih’ akan ditawarkan jika program sulung ini berjaya.

HAD PINJAMAN KEPADA NILAI HARTANAH (LTV) YANG DISEMAK

Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, semasa Rapat Hari Kebangsaan 2024, kadar had pinjaman kepada nilai hartanah (LTV) pelancaran flat BTO pada Oktober 2024 bakal diturunkan daripada 80 peratus kepada 75 peratus.

Dalam satu taklimat yang diberikan kepada media, HDB menjaminkan orang ramai bahawa bayaran pendahuluan sebanyak 10 peratus akan tetap kekal.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg