Kafe Mendaki tawar sokongan akademik bagi penduduk flat sewa

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kafe Mendaki tawar sokongan akademik bagi penduduk flat sewa

Pegawai Perhubungan jalin kerjasama dengan pertubuhan tempatan, tingkat peluang pembelajaran kanak-kanak dan belia
Mar 15, 2026 | 5:30 AM

Kafe Mendaki tawar sokongan akademik bagi penduduk flat sewa

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Yayasan Mendaki, Cik Rashmuna Sumeri, mendaki homework cafe
Pegawai Perhubungan Yayasan Mendaki, Cik Rashmuna Sumeri, menyarankan pembentukan ‘Mendaki Homework Cafe’ di Jalan Membina bagi membolehkan kanak-kanak dan pelajar yang tinggal di flat sewa di estet itu mengulang kaji pelajaran dan bertanya soalan kepada dua pembimbing Mendaki yang disediakan setiap minggu. - Foto YAYASAN MENDAKI

Sebagai Pegawai Perhubungan Yayasan Mendaki, Cik Rashmuna Sumeri akan ‘turun padang’ bekerjasama dengan pertubuhan kawasan tengah Singapura agar mereka dapat memanfaatkan program Mendaki.

Agensi khidmat sosial, SHINE Children and Youth Services, meminta bantuannya untuk menyediakan sokongan pembelajaran bagi para pelajar dan belia yang tinggal di flat sewa di kawasan Jalan Membina.

“Mereka mengenal pasti kanak-kanak dan belia ini perlukan sokongan pembelajaran.

“Difahamkan terdapat sekitar 400 kanak-kanak dan belia yang tinggal di lapan blok di kawasan Tiong Bahru dan Jalan Bukit Merah.

“Lebih 270 atau 68 peratus adalah daripada masyarakat Melayu.

“Hasil maklum balas itu, saya sarankan untuk memperkenalkan ‘Mendaki Homework Cafe’ atau Kafe Kerja Sekolah Mendaki di Blok 118A, Jalan Membina,’’ kata Cik Rashmuna, 53 tahun.

Hasil pembentukan Kafe Kerja Sekolah itu pada Februari lalu, dua relawan tutor Mendaki akan datang setiap Rabu malam.

Mereka meluangkan sejam setengah dari 7.30 malam untuk membantu 18 pelajar – daripada Darjah 2 hingga Menengah 5 – yang mempunyai pertanyaan atau menghadapi masalah dalam menyiapkan kerja sekolah.

Dengan adanya kafe itu, kanak-kanak dan belia yang tinggal di flat sewa diharap dapat memperbaiki pelajaran mereka dan mendapat sokongan yang diperlukan.

Mendaki memperkenalkan Pegawai Perhubungan pada November 2025 bagi menyelaraskan sumber tempatan, meningkatkan kesedaran tentang program Mendaki serta menghubungkan keluarga kepada bantuan penting seperti khidmat dampingan dan mentor.

Bertindak sebagai titik rujukan tunggal, mereka membimbing penduduk melalui pelbagai tawaran Mendaki daripada sokongan akademik dan subsidi tuisyen kepada biasiswa, sumber awal kanak-kanak, bimbingan keluarga, peningkatan kemahiran kerjaya, pementoran belia, serta rangkaian karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET).

Pada 4 Mac lalu, Cik Rashmuna dan pasukannya bekerjasama dengan SHINE untuk menganjurkan majlis berbuka puasa bagi penduduk flat sewa.

Sekitar 65 penduduk hadir dan diperkenalkan kepada program dan perkhidmatan yang disediakan Mendaki.

Rangkaian Profesional Mendaki bagi Penjagaan Kesihatan juga berkongsi kebaikan berpuasa dalam majlis tersebut.

Menurut Cik Rashmuna, beliau ditugaskan menjaga kawasan Majlis Pembangunan Masyarakat Tengah Singapura, yang meliputi kawasan dengan flat sewa di Bukit Merah, Ang Mo Kio dan Toa Payoh.

Beliau juga sedang bekerjasama dengan M Kuasa Tiga (M³)@Towns di Toa Payoh Central dan Toa Payoh South untuk melihat bagaimana program Mendaki dapat diperkenalkan.

Menerusi daya usaha itu, Mendaki berharap dapat memberikan respons lebih pantas dan berada lebih dekat dengan masyarakat.

Langkah ini memastikan Mendaki dapat menyalurkan sumber bagi keluarga yang memerlukan untuk terus maju.

Ini termasuk menyediakan sokongan bagi perkembangan menyeluruh kanak-kanak dan belia, serta melakukan lawatan ke rumah dan menyediakan program masyarakat.

Mereka (agensi khidmat sosial) mengenal pasti kanak-kanak dan belia ini perlukan sokongan pembelajaran. Difahamkan terdapat sekitar 400 kanak-kanak dan belia yang tinggal di lapan blok di kawasan Tiong Bahru dan Jalan Bukit Merah. Lebih 270 atau 68 peratus adalah daripada masyarakat Melayu. Hasil maklum balas itu, saya sarankan untuk memperkenalkan ‘Mendaki Homework Cafe’ atau Kafe Kerja Sekolah Mendaki di Blok 118A, Jalan Membina.
Cik Rashmuna Sumeri, Pegawai Perhubungan Yayasan Mendaki.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg