Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kakitangan ikuti kursus kecemasan, upaya kendali alat kejutan elektrik AED

Nov 8, 2024 | 5:30 AM
Jemaah Jalaluddin Travel & Services di kawasan Mina berhadapan Kompleks Jamrah. Foto dirakam pada musim haji 2024. 
Jemaah Jalaluddin Travel & Services di kawasan Mina berhadapan Kompleks Jamrah. Foto dirakam pada musim haji 2024.  - Foto JALALUDDIN TRAVEL & SERVICES

Menunaikan haji menjadi impian setiap Mukmin yang mampu dan ia merupakan rukun Islam kelima.

Perjalanan itu bak satu perkhemahan intensif besar-besaran bagi umat Islam seluruh dunia buat satu tempoh, masa dan tempat yang telah ditetapkan Allah swt pada bulan Zulhijah.

Antara syarikat yang gigih menitikberatkan mutu dan pengalaman indah bagi jemaah mereka ialah Jalaluddin Travel & Services Pte Ltd.

Bermula daripada pertanyaan awal, proses pendaftaran sehingga pelaksanaan ibadah di tanah suci, semuanya dilakukan dengan penuh dedikasi dan amanah.

Perancangan dan penyusunan program yang teliti sering dipuji jemaahnya.

Menurut Pengarah Jalaluddin Travel, Cik Noor Faizah Mustaffa, pihaknya amat memahami dan prihatin tentang setiap perjalanan ibadah haji jemaahnya.

Beliau turut akur setiap pengalaman dan perjalanan menunaikan haji itu juga berbeza bagi setiap individu.

Oleh yang demikian, pihak syarikat menawarkan pelbagai pakej yang dimampui bersesuaian mengikut bajet dan cita rasa jemaah.

Malah kakitangan syarikat itu juga mempunyai sijil dalam pertolongan cemas (First Aid) dan dalam mengendalikan alat Defibrilator Luaran Automatik (AED).

“Syarikat kami, Jalaluddin Travel, mempunyai pengalaman lebih sedekad, berurusan mengendalikan pakej haji dan umrah dengan cemerlang untuk warga setempat.

“Kami memastikan setiap keperluan jemaah dipenuhi sebaik mungkin sepanjang perjalanan mereka.

“Pegawai kami juga sering menjalani latihan berterusan dari segi perkhidmatan pelanggan selain dilengkapkan dengan bimbingan kerohanian.

“Ditambah juga, semua pegawai haji kami dilengkapkan dengan sijil First Aid dan mampu mengendalikan alat AED,” jelas Cik Faizah.

Bagi musim haji 2025, pihak syarikat menawarkan tiga pakej haji yang rencam dan tiada harga terselindung.

Harga pakej pertama, Barakah 1, selama 24 hari bermula daripada $13,550 hingga $15,050.

Pakej kedua, Barakah 2, selama 26 hari bermula daripada $15,050 hingga $16,550.

Terakhir, pakej Barakah 3, selama 18 hari bermula daripada $11,050 hingga $12,550.

Semua harga tidak termasuk harga tiket pesawat dan cukai penerbangan, serta tertakluk pada terma dan syarat.

Jemaah akan diterbangkan dengan pesawat Saudia atau Scoot, bergantung pada pakej yang ditempah.

Antara keistimewaan yang disediakan oleh syarikat Jalaluddin Travel adalah penginapan atau hotel yang berdekatan dengan masjid bagi memudahkan jemaah beribadah.

Jemaah juga bakal menerima cenderahati seperti set bagasi, kain ihram (bagi lelaki), dua mini telekung (bagi wanita) sejadah dan lain-lain.

Khidmat tambahan seperti pendorong kerusi roda untuk jemaah yang mempunyai isu kesihatan atau pergerakan yang terhad, turut disediakan.

Ia turut menawarkan hidangan pelbagai makanan tiga kali sehari.

Selain itu, program ibadah serta pengisian ilmu kerohanian diatur sepanjang perjalanan haji dengan ditemani pegawai berpengalaman serta asatizah bertauliah di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS).

“Dedikasi dan keikhlasan pegawai kami menyantuni jemaah adalah keutamaan bagi kami.

“Ini dicerminkan dalam penilaian lima bintang yang diraih di Google Reviews. Jemaah sering berkongsi mengenai kepuasan mereka yang amat tinggi dengan perjalanan ibadah mereka bersama Jalaluddin Travel.

“Dengan khidmat kami yang menyeluruh serta profesionalisme dan perhatian yang diberikan oleh kakitangan kami, jemaah mengiktiraf bahawa mutu perkhidmatan kami memberikan mereka satu pengalaman ibadah yang lancar dan sempurna,’‘ ujarnya.

Bagi Cik Faizah, beliau kerap menekankan kepentingan pada mutu perkhidmatan dan bukan jumlah jemaah haji yang mendaftar untuk mendapatkan perkhidmatan mereka.

“Kami ingin memastikan setiap jemaah menerima khidmat dan penjagaan yang bermutu, tidak kira pada waktu mereka sihat ataupun apabila mereka jatuh sakit di tanah suci.

“Bagi saya, ia satu tanggungjawab besar untuk membantu tetamu Allah melaksanakan ibadah mereka dengan tenang dan sempurna.

Di Jalaluddin Travel, kami komited untuk membantu melancarkan perjalanan haji anda.

“Dengan tempat yang terhad, kami menggalakkan anda segera mendaftar bersama kami,” tambah Cik Faizah.

Untuk maklumat lanjut mengenai pakej yang disediakan, sila lungsuri laman web, www.jalaluddintravel.com

Pejabat syarikat bertempat di 448 Changi Road, #01-01, Wisma Indah, Singapura 419975.

Hubungi talian 6344-3669 atau 9737-2865 untuk memulakan perjalanan murni dan tunaikan haji bersama Jalaluddin Travel & Services Pte Ltd.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg