Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tawar pilihan bijak bagi jemaah mulakan perjalanan haji

Nov 2, 2024 | 5:30 AM
Jemaah Jalaluddin Travel & Services bergambar bersama di Masjidil Haram pada 2024.
Jemaah Jalaluddin Travel & Services bergambar bersama di Masjidil Haram pada 2024. - Foto JALALUDDIN TRAVEL & SERVICES PTE LTD

Bagi bakal jemaah haji Singapura 2025, menunaikan haji bukan sahaja satu kewajipan agama, malah satu perjalanan kerohanian. Perjalanan sekali seumur hidup ini adalah satu peluang bagi jemaah mensucikan diri dan mendekatkan diri kepada Allah swt.

Dalam usaha membantu bakal jemaah membuat keputusan tepat dalam pemilihan pakej haji mereka, Jalaluddin Travel & Services Pte Ltd menjemput orang ramai ke “Rumah Terbuka” pada 2 dan 3 November 2024, bermula dari 11 pagi hingga 4.30 petang, bertempat di 448 Changi Road #01-01 Masjid Kassim Singapura 419975.

Bagi memahami kepentingan rukun Islam kelima, firma pelancongan tempatan ini amat menitikberatkan bimbingan dan khidmat yang menyeluruh, bersama pegawai yang bertauliah, berdedikasi serta ramah.

Menurut Pengarah syarikat Jalaluddin Travel, Cik Noor Faizah Mustaffa, pihaknya amat prihatin dan memahami setiap perjalanan ibadah haji jemaahnya, dan berbeza bagi setiap individu.

Oleh yang demikian, pihak syarikat menyediakan pelbagai pakej yang rencam, mengikut kesesuaian dan cita rasa jemaah tersebut. Syarikat ini juga mempunyai pengalaman lebih sedekad berurusan mengendalikan pakej haji dan umrah dengan cemerlang untuk warga setempat.

“Di Jalaluddin Travel, kami memahami setiap perjalanan dan pengalaman jemaah memang sangat berbeza. Tidak kira sekiranya jemaah itu bakal menunaikan ibadah haji buat kali pertama ataupun seorang warga emas, kami menawarkan tiga pakej haji yang disesuaikan bagi menepati keperluan mereka.

“Dengan pengalaman lebih 15 tahun menguruskan jemaah haji, kami begitu peka dengan permintaan dan mutu khidmat yang diperlukan bakal jemaah haji. Kami pastikan setiap aspek perjalanan haji jemaah kami dikendalikan dengan penuh perhatian.

“Bermula daripada peringkat pendaftaran sehinggalah pelaksanaan, serta pergerakan haji di tanah suci nanti, semuanya akan kami laksanakan sebaik mungkin dan dengan penuh amanah, insya-Allah,” jelas Cik Noor Faizah.

Cik Noor Faizah turut memberitahu Berita Harian (BH), persiapan yang lengkap lagi sempurna ketika menunaikan haji begitu genting dan perlu dititikberatkan. “

“Kami yakin, persiapan haji bermula sebelum jemaah berangkat ke tanah suci lagi. Oleh yang demikian, kami menawarkan kursus manasik haji, bengkel dan platform webinar pra-Haji yang lengkap, yang diketuai oleh asatizah kami yang bertauliah lagi berpengalaman.

“Pasukan pegawai kami juga komited untuk membimbing jemaah melalui setiap pergerakan haji dengan sebaik mungkin. Hal ini agar jemaah dapat menumpukan sepenuhnya terhadap ibadah dan rukun haji mereka,” ujarnya dengan ramah.

Memahami bahawa keselesaan tempat penginapan adalah satu faktor penting bagi pemilihan pakej, Jalaluddin Travel menawarkan hotel bertaraf lima bintang yang berdekatan dengan Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi.

“Di Makkah, jemaah haji kami akan menginap di Al Ghufran, Sofwa Tower, yang terletak kurang 50 meter dari pintu utama King Abdul Aziz Gate di Masjidil Haram.

“Di Madinah pula, jemaah ditawarkan dua pilihan untuk penginapan – The Oberoi Madinah ataupun Leader Al Muna Kareem. Tambahan pula, kami menyediakan bantuan jururawat yang berpengalaman sepanjang perjalanan demi memastikan kesejahteraan semua jemaah kami terjaga dan kesihatan mereka pula pada tahap yang baik,” tambahnya.

Cik Noor Faizah berkata:

“Kami bersyukur menjadi salah satu syarikat yang dipercayai dalam menjadikan impian jemaah haji ini kenyataan.

“Dedikasi kami terhadap mutu perkhidmatan yang cemerlang, penjagaan yang menyeluruh, dan bimbingan kerohanian yang mendalam menjadikan kami pilihan ramai bagi perjalanan suci sekali seumur hidup ini.

“Penilaian tinggi kami di platform Google Review adalah salah satu bukti usaha gigih dan dedikasi kami menyantuni jemaah haji kami sejak berdekad lalu.”

Untuk maklumat lanjut mengenai pakej yang disediakan, sila lungsuri laman www.jalaluddintravel.com

Hubungi talian 6344-3669 atau 9737-2865 untuk memulakan perjalanan murni anda dan tunaikan haji anda bersama Jalaluddin Travel & Services Pte Ltd.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg