Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kakitangan kesihatan awam antara mangsa peras ugut gambar lucah palsu

Nov 28, 2024 | 6:49 PM
Mangsa diugut melalui e-mel supaya membayar wang tebusan jika tidak mahu wajah mereka yang dilapiskan pada gambar yang memalukan disebar.
Mangsa diugut melalui e-mel supaya membayar wang tebusan jika tidak mahu wajah mereka yang dilapiskan pada gambar yang memalukan disebar. - Foto PIXABAY

Kakitangan institusi penjagaan kesihatan awam telah menerima e-mel yang mengancam pengedaran imej mereka yang telah dimanipulasi supaya kelihatan lucah.

Dalam imej-imej itu, wajah mangsa dilapiskan pada gambar individu yang dalam keadaan intim dan memalukan.

E-mel itu dihantar dari beberapa alamat e-mel dan meminta wang tebusan, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada 28 November.

Kementerian itu dimaklumkan mengenai e-mel tersebut pada 26 November, lapor The Straits Times.

Kakitangan yang terjejas telah dinasihatkan supaya membuat laporan polis, kata MOH.

Ia menambah bahawa tiada seorang pun daripada mereka yang telah kehilangan wang akibat ancaman itu.

“MOH dan kelompok penjagaan kesihatan kami mengamalkan pendirian tidak bertolak ansur terhadap sebarang bentuk gangguan dan penderaan kakitangan, dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan berniat jahat ini terhadap pekerja penjagaan kesihatan kami dan keluarga mereka,” tambah kementerian itu.

Pada 27 November, polis berkata mereka telah menerima lebih 20 laporan kes sedemikian daripada orang ramai pada akhir November.

Mereka yang telah menerima ancaman sedemikian dinasihatkan supaya membuat laporan dan menyerahkan e-mel tersebut kepada polis.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg