Parti Pekerja (WP) terus kukuh dengan kemenangan di kawasan GRC Aljunied, GRC Sengkang, dan SMC Hougang, walaupun berdepan cabaran besar. Ketua WP, Encik Pritam Singh, meluahkan rasa bangga terhadap pasukannya dan menegaskan komitmen mereka untuk terus berkhidmat kepada penduduk.
Sementara itu, Pengerusi Parti Kemajuan Singapura (PSP), Dr Tan Cheng Bock, mengakui pada 4 Mei bahawa parti tersebut telah mengharungi malam yang sukar.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg