Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Kamera lampu merah ‘tangkap’ pemandu abai had laju mulai 1 Apr

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kamera lampu merah ‘tangkap’ pemandu abai had laju mulai 1 Apr

Mar 31, 2024 | 05:00 AM



Mulai 1 April 2024, Polis Trafik (TP) akan mengaktifkan fungsi penguatkuasaan kelajuan bagi Kamera Lampu Merah (RLC) di seluruh Singapura secara berperingkat.

Ini lebih-lebih lagi di lokasi yang berisiko tinggi berlakunya kemalangan atau terjadinya kesalahan memandu laju, jelas polis dalam satu kenyataan pada 30 Mac.

Usaha ini bertujuan memperbaiki sikap pemandu sedang jumlah nahas yang membawa maut berkaitan memandu laju meningkat 83.3 peratus pada 2023 berbanding 2022.

Menurut polis, nahas yang membawa maut akibat memandu laju meningkat kepada 25.2 peratus pada 2023 berbanding 17.3 peratus pada 2022.

Kesalahan memandu laju yang dikesan oleh operasi penguatkuasaan polis meningkat daripada 52,016 kes pada 2022 kepada 63,468 kes pada 2023 – peningkatan sebanyak 22 peratus.

Sungguhpun demikian, jumlah kesalahan yang dikesan oleh kamera penguatkuasaan trafik berkurangan daripada 73,152 kes pada 2022 kepada 52,237 kes pada 2023 iaitu penurunan sebanyak 28.6 peratus.

Ini menunjukkan sedang kamera penguatkuasaan trafik berkesan dalam menghalang kesalahan memandu dengan laju, pemandu tetap memilih memecut di lokasi tanpa kamera.

TP, justeru itu, menasihatkan agar pemandu tidak memecut laju walaupun di kawasan tanpa kamera kelajuan yang statik.


Menurut polis, RLC dicat dengan warna jingga dan putih.

RLC sebelum ini ditempatkan di simpang jalan terpilih dan mengesan kenderaan yang melakukan kesalahan melanggar lampu merah. Dengan fungsi baru ini, RLC akan juga mengesan kenderaan yang memecut melebihi had laju.

Perangkaan tahunan yang dikeluarkan TP pada Februari menunjukkan kematian jalan raya meningkat 25.9 peratus kepada 136 kes pada 2023, berbanding 108 kes pada 2022.

Jumlah itu adalah yang tertinggi sejak 2016, apabila terdapat 141 kematian. Ia juga melebihi jumlah pra-Covid-19 iaitu 118 kematian pada 2019.

Laporan itu juga menunjukkan peningkatan dalam jumlah kemalangan maut melibatkan kesalahan memandu laju, memandu dalam keadaan mabuk dan melanggar isyarat lampu merah.

Penunggang dan pembonceng motosikal membentuk separuh daripada semua kematian jalan raya, manakala pejalan kaki warga emas membentuk hampir 20 peratus.

TP berkata terdapat peningkatan ketara dalam bilangan kemalangan yang berpunca daripada kegagalan pemandu meninjau sekeliling dengan baik, mengawal kenderaan dengan betul atau menukar lorong dengan cuai.

Bagi mengatasi perkara ini, TP akan meningkatkan jumlah denda kompaun dan mata demerit bagi kesalahan lalu lintas tertentu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >