SPH Logo mobile
Langgan|

Kapal nelayan karam, S’pura selaras usaha menyelamat

Kapal nelayan karam, S’pura selaras usaha menyelamat

May 20, 2025 | 5:14 PM

Kapal nelayan karam, S’pura selaras usaha menyelamat

Facific Memory II, MPA
Kapal berdaftar Indonesia, ‘Facific Memory II’, karam pada 20 Mei kira-kira 14.6 batu nautika ke timur laut Pedra Branca, dalam kawasan mencari dan menyelamat maritim Singapura. - Foto fail

Singapura telah menyelaras usaha menyelamatkan 30 individu daripada sebuah kapal nelayan yang karam pada 20 Mei, kata Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA).

Dalam kenyataannya, MPA menyatakan Pusat Penyelarasan Menyelamat Maritim (MRCC) telah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut sekitar 7.20 pagi oleh kapal kontena berdaftar Hong Kong, Cosco Development.

Kapal berdaftar Indonesia, Facific Memory II, karam kira-kira 14.6 batu nautika ke timur laut Pedra Branca, dalam kawasan mencari dan menyelamat maritim Singapura.

MRCC telah menyelaras operasi mencari dan menyelamat serta mengeluarkan siaran pengemudian bagi meminta bantuan kapal-kapal yang berada di kawasan berkenaan.

Pusat itu juga telah memaklumkan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas) Indonesia dan MRCC Malaysia.

Singapura telah mengarahkan kapal pengangkut pukal berdaftar Liberia, Andros Spirit, untuk menyelamatkan mangsa yang berada di dalam air.

“Kapal tersebut tiba di lokasi tidak lama kemudian dan berjaya menyelamatkan kesemua 30 individu yang berada di atas kapal Facific Memory II,” kata MPA, sambil menambah tiada warga Singapura yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Mereka yang diselamatkan telah mendarat di Batam, Indonesia, ujar MPA.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg