Apabila penduduk Jurong East mula menubuhkan kariah empat dekad lalu, sukarelawan mengutip pintu yang dibuang semasa renovasi untuk dijadikan pentas bagi acara pertama yang mereka anjurkan.

Semangat gotong-royong itu terus dihidupkan anggota kariah Perkumpulan Keluarga Bersama (PKB) Jurong East Street 32, yang menyambut ulang tahun ke-40 mereka pada 2 November.