Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Solat tarawih diteruskan semasa projek naik taraf dijalankan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASJID DARUL MAKMUR

Solat tarawih diteruskan semasa projek naik taraf dijalankan

Masjid Darul Makmur turut agih bubur masjid secara percuma di empat kawasan kejiranan di Yishun
Mar 12, 2024 | 05:30 AM



Masjid Darul Makmur amat komited dalam menjalankan pelbagai kegiatan bagi mendekatkan masjid kepada masyarakat dan pada masa yang sama, membawa masyarakat ke dalam masjid sewaktu projek peningkatan yang sedang berjalan buat masa ini.

Mengulas mengenai perkara ini, Pengerusi Eksekutif Masjid Darul Makmur, Encik Izuan Mohd Rais berkata:

“Antara tumpuan strategik masjid adalah mahu memupuk semangat kemasyarakatan yang kuat. Ini dapat direalisasikan dengan usaha masjid bekerjasama dengan jemaah, pelbagai rakan kongsi, pihak berkepentingan dan juga kumpulan akar umbi.”

Walaupun masjid ditutup sepenuhnya masa ini bagi projek peningkatan, program dakwah terus diadakan.

Antaranya, mengadakan pengagihan bubur masjid sempena Ramadan kepada penduduk secara percuma di empat kawasan kejiranan di Yishun selain di bekas kawasan sekolah yang disewa masjid pada Jumaat.

Daya usaha ini dimulakan pada 2015, apabila Masjid Darul Makmur mendapati langkah itu merupakan satu usaha yang baik demi menghubungkan masjid dengan kawasan kejiranan di sekeliling Yishun.

“Alhamdulillah, pada tahun ini (2024), kami menganjurkan solat tarawih pada setiap malam di bekas kawasan Sekolah Menengah North View, tempat yang kami anjurkan solat Jumaat sejak masjid ditutup pada April 2023 lalu,” ujar Encik Izuan.

Masjid Darul Makmur berkata adanya ruangan ini amat memudahkan penduduk di kejiranan Yishun untuk menunaikan solat tarawih sepanjang Ramadan.

Menurut pihak masjid, anggota jemaah akan dibenarkan masuk dari 8 malam setiap hari. Ruangan solat untuk jemaah wanita turut disediakan.

Ceramah sempena bulan Ramadan turut disampaikan oleh asatizah undangan pada setiap Sabtu.

Solat tarawih juga akan dianjurkan oleh Kumpulan Qaryah Muhibbah di Kolong Blok 607, Yishun Street 61 sepanjang Ramadan.

“Pihak Qaryah amat berterima kasih kepada Masjid Darul Makmur kerana menyokong usaha kami bagi menguruskan solat tarawih di kawasan ini.

“Kami juga akan meletakkan tabung derma untuk Projek Peningkatan Masjid Darul Makmur agar lebih ramai anggota jemaah dapat bersama-sama menghulur sumbangan,” ujar Pengerusi Qaryah Muhibbah Yishun, Encik Shariff Ahmad.

PERLU SOKONGAN RAMAI

Masjid Darul Makmur masih memerlukan dana sebanyak $4.5 juta untuk projek peningkatannya.

“Kami mengalu-alukan sumbangan derma daripada masyarakat bagi menampung kos projek Ramadan tahun ini (2024) dengan menghulurkan derma buat pengagihan bubur di kejiranan Yishun berserta dengan pek jamuan yang dihantar ke rumah penerima zakat yang berdaftar dengan masjid.

“Tahun ini (2024) merupakan Ramadan pertama berlangsung sedang masjid ditutup untuk menjalani kerja peningkatan yang bermula pada April 2023.

“Kami amat menghargai sokongan padu masyarakat dalam semua kegiatan yang kami anjurkan di Masjid Darul Makmur sewaktu penutupan masjid. Sumbangan untuk kos peningkatan masjid yang masih memerlukan $4.5 juta juga amat dialu-alukan,” kata Encik Izuan.

PENGAGIHAN BUBUR RAMADAN


Pengagihan bubur Ramadan akan diadakan pada 12,13 dan 14 Mac sahaja, dan juga pada setiap Sabtu dan Ahad bermula 4 petang, selagi bekalan masih ada di tempat berikut:

1. Kolong Blok 137, Yishun Ring Road (dengan kerjasama MAEC Chong Pang).

2. Kawasan Senior’s Hub Blok 293, Yishun Street 22 (dengan kerjasama MAEC Nee Soon East).

3. Nee Soon Central CC @ Pertukaran Bas NorthPoint City (dengan kerjasama MAEC Nee Soon Central).

4. Kolong Blok 461 Yishun Avenue 6 (dengan kerjamasa MAEC Nee Soon Link).

5. Agihan pada Jumaat di bekas kawasan Sekolah Menengah North View (530 Yishun Ring Road, Singapura 768960) selepas solat Jumaat sahaja.

SUMBANGAN DERMA


Sumbangan derma untuk Projek Ramadan Masjid Darul Makmur boleh dilakukan melalui:

1. PayNow ke UEN: S87MQ0033J (Rujukan: Ramadan).

2. Pemindahan bank ke alam akaun semasa OCBC 581-652138001 (Rujukan: Ramadan).

3. Kiriman cek atas nama ‘MASJID DARUL MAKMUR’ dan dihantar melalui pos ke alamat 950 Yishun Avenue 2, Singapura 769099 (Rujukan: Ramadan).

4. Hadir di kaunter sementara masjid yang terletak di Masjid Assyafaah, 1 Admiralty Lane Singapura 757620 (pada waktu pejabat).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >