Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Karyawan penerbangan bakal dilatih tempuh masalah iklim

May 27, 2024 | 5:41 PM
Pada 14 hingga 18 Oktober 2024, ACI World dan CAAS bakal melancarkan kursus untuk melatih karyawan penerbangan mengharungi permasalahan iklim dengan berkesan.
Pada 14 hingga 18 Oktober 2024, ACI World dan CAAS bakal melancarkan kursus untuk melatih karyawan penerbangan mengharungi permasalahan iklim dengan berkesan. - Foto ZAOBAO

Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (ACI) dan Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) akan bekerjasama melatih karyawan penerbangan bagi melengkapkan mereka dengan pengetahuan dan kecekapan mengharungi permasalahan iklim dengan berkesan demi memastikan kemampanan sektor penerbangan seluruh dunia.

Buat julung-julung kali, ACI World dan CAAS melancarkan kursus Perubahan Iklim dan Kemampanan Penerbangan yang menyasarkan pengurusan pertengahan dari seluruh dunia.

Langkah itu diambil berikutan memorandum persefahaman (MOU) yang ditandatangani pada Mei 2022 untuk menumpukan perhatian pada penyelidikan dan pembangunan karyawan penerbangan.

Kursus tersebut akan dikendalikan oleh Akademi Penerbangan Singapura (SAA), cabang latihan di CAAS.

Diadakan di Singapura dari 14 hingga 18 Oktober 2024, kursus lima hari itu akan menampilkan pakar-pakar antarabangsa yang akan menyentuh pelbagai topik, termasuk langkah dan panduan strategik dalam menyesuaikan diri pada kesan perubahan persekitaran dan mencapai kemampanan alam sekitar buat jangka masa yang panjang.

Kursus itu mengutamakan karyawan penerbangan dari seluruh dunia yang berada pada peringkat pengurusan agar ia dapat membantu mereka membangunkan strategi, pelaksanaan dan daya utama memajukan industri.  

CAAS ditubuhkan untuk mengembangkan hab udara dan sistem penerbangan yang selamat dan mesra, lantas memberi sumbangan penting kepada kemajuan Singapura.

Ini termasuk menyediakan perkhidmatan navigasi udara, menyediakan latihan penerbangan untuk pembangunan pekerja dan menyumbang kepada pembangunan penerbangan awam antarabangsa.

“Memandangkan lebih banyak sektor penerbangan di seluruh dunia ingin menjadikan kemampanan penerbangan sebagai keutamaan, karyawan penerbangan perlu berkembang dari sudut pengetahuan, kecekapan dan penjalinan rangkaian antara pelbagai negara, pihak awam dan sektor swasta. Ini akan bantu dalam membangun dan memacu tindakan iklim yang berkesan,” jelas Ketua Pengarah CAAS, Encik Han Kok Juan.

Beliau berbesar hati dapat bekerjasama dengan ACI World dan menyumbang kepada usaha penting ini.

Berkongsi pandangan yang sama, Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif ACI World, Encik Luis Felipe de Oliveira, berkata:

“Kursus bersama ini menunjukkan usaha kerjasama ACI World dan CAAS untuk mempromosi dan membantu membina kemahiran khusus bagi melaksanakan strategi sosial, alam sekitar dan ekonomi untuk pastikan kelestarian penerbangan.

“Singapura sedang mendahului dalam usaha memampankan lapangan terbang di rantau ini seperti yang dilihat pada Pelan Tindakan Airhub mereka yang dilancarkan awal tahun ini.”

ACI, persatuan perdagangan lapangan terbang dunia, ialah organisasi bersekutu yang terdiri daripada pelbagai ACI seluruh dunia antaranya Eropah, Afrika, Timur Tengah.

Ia memberi sumbangan penting dalam memastikan sistem pengangkutan udara global selamat, terjamin, cekap dan lestari dari segi alam sekitar.

Encik Luis berharap selepas ini, karyawan penerbangan dapat membuat amalan kemampanan mereka tersendiri dan berkeyakinan membuat perubahan dalam peranan masing-masing

Laporan berkaitan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg