Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Karyawan teknologi rebut peluang tingkat kemahiran keselamatan siber

Sep 23, 2024 | 2:45 PM
Encik Khalilur Rahman merupakan antara 30 kakitangan firma keselamatan siber Acronis yang diberi peluang tingkatkan kemahiran mereka.
Encik Khalilur Rahman merupakan antara 30 kakitangan firma keselamatan siber Acronis yang diberi peluang tingkatkan kemahiran mereka. - Foto ZAOBAO

Dengan sikap ingin tahu, Encik Khalilur Rahman sentiasa mencari cara meningkatkan kemahirannya dalam bidang pembangunan perisian.

Keinginan untuk mempertingkatkan diri telah mendorongnya untuk menambah ilmu dan menjadi pembangun full-stack daripada pembangun perisian kanan, jawatan yang telah beliau pegang sejak memasuki syarikat keselamatan siber, Acronis, pada 2019.

Pembangun full-stack mahir dalam pengembangan perisian dari awal hingga akhir, termasuk front end dan back end, mulai dari tahap perancangan, reka bentuk, pengembangan, hingga pengujian dan pelancaran.

Menurut beliau, peningkatan itu membantu dirinya menyumbang secara lebih strategik kepada kemajuan teknologi Acronis sambil bekerja rapat dengan pasukan rentas fungsi untuk menyampaikan penyelesaian inovatif dalam bidang keselamatan siber dan perlindungan data yang berkembang pesat.

Encik Khalilur merupakan antara 30 kakitangan Acronis yang diberikan peluang menyertai Program Penukaran Kerjaya (CCP) Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG) untuk karyawan teknologi.

Ia melengkapkan peserta dengan kemahiran dan kecekapan penting, sambil menggalak pelarasan unsur-unsur dalam sistem untuk mendapat hasil yang paling baik dalam pekerjaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sedia ada, dan mewujudkan jawatan berkualiti yang lebih tinggi untuk menarik dan mengekalkan bakat tempatan dalam sektor tersebut.

“Budaya kerja Acronis membolehkan kakitangannya meneroka kemahiran dan posisi baru tanpa perlu meninggalkan syarikat kerana kami digalak menangani cabaran baru dan posisi baru seperti yang kami inginkan.

“Ia sangat mencabar tetapi pada masa yang sama ia sangat memberi ganjaran kepada saya kerana saya dapat mengenali diri saya dengan lebih mendalam lagi melalui pengalaman ini,” kata Encik Khalilur, 45 tahun, yang menjalani program CCP Julai hingga September.

Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, semasa lawatannya ke Acronis pada 16 September, berkata bahawa Acronis adalah contoh firma yang membuat pelaburan ke dalam tenaga kerja tempatan mereka sedang syarikat tersebut berkembang.

“Acronis mengalihkan fokus produknya untuk menyediakan penyelesaian keselamatan siber yang lebih menyeluruh untuk memenuhi keperluan pasaran yang berkembang.

“Mereka melihat ini sebagai satu peluang melengkapkan pekerja mereka dengan kemahiran pertumbuhan baru untuk menghadapi peranan teknologi yang direka bentuk semula sejajar dengan anjakan strategik Acronis,” kata Dr Tan di pejabat Acronis di Temasek Boulevard.

Melalui CCP yang berstruktur pada ekosistem latihan sambil bekerja (OJT), Acronis dapat melengkapkan pasukan penyelidikan dan pengembangan (R&D) dengan kemahiran teknikal dan kecekapan baru yang diperlukan untuk peranan teknologi mereka yang direka bentuk semula.

Ia membolehkan pasukan tersebut menyumbang dengan lebih berkesan kepada transformasi perniagaan Acronis dengan lebih luas.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg