Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kastam S’pura: Elak terjebak SMS penipuan guna nama agensi

Sep 14, 2024 | 3:30 PM
Dalam catatan Facebook pada 13 September, Kastam Singapura berkata terdapat edaran khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mendakwa daripada agensinya dengan pengenalan diri sebagai “S.G. Customs”.
Dalam catatan Facebook pada 13 September, Kastam Singapura berkata terdapat edaran khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mendakwa daripada agensinya dengan pengenalan diri sebagai “S.G. Customs”. - Foto FACEBOOK SINGAPORE CUSTOMS

Kastam Singapura memberi amaran kepada orang ramai agar tidak terjebak dengan penipuan melibatkan penyamaran yang menggunakan nama agensi itu.

Dalam catatan Facebook pada 13 September, agensi itu berkata terdapat edaran khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mendakwa daripada Kastam Singapura dengan mengenalkan diri sebagai “S.G. Customs”.

Menurut The Straits Times, Kastam Singapura jelaskan bahawa ia tidak menggunakan “SGCustoms” atau sebarang variasi lain sebagai sebahagian daripada identiti korporatnya atau pada platform media sosial.

Agensi itu menambah: “Sejak 1 Julai, orang ramai boleh menjangkakan SMS daripada agensi pemerintah yang hanya menggunakan satu tanda pengenalan (ID) iaitu ‘gov.sg’, bukannya ID pengirim agensi pemerintah secara individu.”

Ia berkata SMS yang sedang diedarkan juga membawa pautan yang mencurigakan dan bertujuan memperdaya orang ramai supaya mendedahkan maklumat peribadi mereka agar “bungkusan yang ditahan” mereka boleh dilepaskan.

Agensi itu berkata ia tidak menghantar mesej teks mencari maklumat penerima sebagai pertukaran untuk melepaskan barangan.

“Kami memandang serius kejadian seperti itu kerana ia menjejas kepercayaan orang ramai terhadap Kastam Singapura. Kami gesa orang ramai supaya berwaspada terhadap penipuan seperti itu,” tambahnya.

Kastam Singapura menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada membuat sebarang pembayaran wang jika mereka tidak dapat mengesahkan bahawa pengirim itu memang pegawai Kastam Singapura.

Orang ramai tidak seharusnya membuka sebarang pautan dalam SMS atau mesej serupa pada platform digital lain kerana kandungannya mungkin berniat jahat.

Mereka juga perlu mengelak daripada memberi nama, nombor kad pengenalan, butiran pasport, butiran kontak, akaun bank atau butiran kad kredit mereka, atau butiran peribadi lain kepada pengirim.

Sebagai sebahagian daripada langkah baru untuk memudahkan pengecaman mesej teks pemerintah yang sahih, lebih sembilan juta SMS pemerintah telah dihantar kepada orang ramai menggunakan ID pengirim “gov.sg” sejak 18 Jun.

Mereka yang ragu-ragu tentang SMS yang mendakwa berasal daripada Kastam Singapura boleh hubungi agensi tersebut menerusi customs_feedback@customs.gov.sg

Untuk maklumat lanjut tentang SMS gov.sg, sila lungsuri https://www.sms.gov.sg

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg