Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Keadaan di Gaza satu bencana, perlu ada gencatan kemanusiaan segera: Shanmugam

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keadaan di Gaza satu bencana, perlu ada gencatan kemanusiaan segera: Shanmugam

Relawan pelbagai kaum gembleng tenaga demi bantu mangsa ‘bukti kukuh’ S’pura sebagai masyarakat
Mar 09, 2024 | 05:55 PM



Apa yang sedang berlaku di Gaza ialah satu bencana, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, yang mengulangi gesaan Singapura bagi gencatan kemanusiaan segera diadakan.

Beliau berkata demikian di acara Humanitarian Aid to Gaza yang mengumpulkan orang ramai daripada pelbagai latar belakang kaum dan agama untuk membungkus bantuan yang bakal dihulurkan kepada mangsa di Gaza.


Acara itu satu “pembuktian kukuh” Singapura sebagai satu masyarakat, kata Encik Shanmugam.

Mengenai keadaan di Gaza, Encik Shanmugam berkata banyak negara, termasuk Singapura, telah menggesa gencatan kemanusiaan yang segera bagi membolehkan bantuan sampai kepada mangsa.

“Bagi ramai dalam kalangan kita, saya fikir apa yang berlaku (di Gaza) sangat sukar diterima.

“Pada Oktober lalu, kami berbincang tentang membuat sumbangan yang membina, untuk melakukan apa yang kami boleh dan melakukan ini adalah pembuktian kukuh tentang siapa kami sebagai masyarakat – kami berkumpul merentasi kaum dan kumpulan agama untuk menghulurkan bantuan,” kata Encik Shanmugam.

Beliau, yang hadir sebagai tetamu terhormat pada acara anjuran Humanity Matters pada 9 Mac itu turut melahirkan rasa senang bahawa ramai yang turun padang merupakan daripada golongan anak muda.

Di acara itu, warga Singapura yang berlainan bangsa, agama dan umur berkumpul di Tadika Soka di Tampines untuk membungkus 5,000 Kidz Comfort Packs bagi membantu memberi sedikit keselesaan kepada kanak-kanak yang terjejas akibat perang di Gaza.


Setiap pek mengandungi beg galas, bantal, vitamin, makanan ringan, botol air, bola mainan kecil atau stress ball dan mainan. Nilai keseluruhan 5,000 pek itu ialah $100,000.


Seramai 300 sukarelawan, kebanyakan mereka merupakan pelajar dari sekolah menengah, Institut Pendidikan Teknikal (ITE), maktab rendah, madrasah, politeknik dan universiti serta kumpulan berseragam seperti Pandu Puteri, Pasukan Kadet Polis Kebangsaan (NPCC), Pasukan Kadet Kebangsaan (NCC) dan Pasukan Kadet Pertahanan Awam Kebangsaan (NCDCC) menjayakan acara tersebut.


Encik Shanmugam berkata setakat ini, warga Singapura dan pemerintah secara keseluruhan telah membelanjakan sebanyak $10 juta bagi operasi bantuan di Gaza.

“Amat baik melihat bahawa usaha ini berterusan melalui acara seperti yang diadakan pada hari ini (9 Mac).

“Ia bukan satu jumlah yang besar, tetapi ia menunjukkan bahawa kita berdiri untuk sesuatu dan kita akan melakukan apa yang kita boleh... dan kita boleh melakukan lebih banyak dan akan melakukan lebih banyak lagi,” ujar beliau.

Malah, menurut beliau, lebih 500 orang telah mendaftar untuk mengambil bahagian dalam acara Humanitarian Aid to Gaza pada 9 Mac itu tetapi terpaksa ditolak disebabkan ruang fizikal terhad. Oleh itu, hanya 300 sukarelawan boleh ikut serta.


Bercakap kepada media, Encik Shanmugam berkata beliau berharap lebih banyak negara dapat tampil mengambil bahagian dalam usaha bantuan bagi mangsa di Gaza.

“Dengan cara itu, lebih ramai orang lagi dapat dibantu. Kami juga akan melakukan lebih banyak lagi,” katanya.

Beliau berkata dalam memastikan bantuan yang diberi warga Singapura sampai kepada mangsa di Gaza, Singapura bekerja rapat dengan rakan kerja yang boleh dipercayai.

“Bagi (Humanitarian Aid to Gaza), kami bekerjasama dengan Jordan.


“Kami bekerjasama dengan rakan kerja yang boleh dipercayai dan cuba memastikan bantuan dapat dibawa masuk. Kami lakukan sebaik yang mampu. Kami bekerja dengan organisasi yang bertanggungjawab, dihormati... yang kami tahu melakukan kerja-kerja yang baik,” ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >