Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kebakaran di Chai Chee Avenue: 4 dibawa ke hospital, 50 dipindahkan

Sep 6, 2025 | 8:51 PM
Kebakaran, flat di Chai Chee Avenue, 4 dibawa ke hospital
Kesan kebakaran ruang tamu di unit tingkat lapan Blok 31 Chai Chee Avenue , tanpa ada penduduk di dalamnya. - Foto FACEBOOK TAN KIAT HOW

Satu kebakaran berlaku di flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Chai Chee Avenue pada 5 September, mengakibatkan empat orang dibawa ke hospital dan sekitar 50 penduduk yang lain terpaksa dipindahkan.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia dimaklumkan mengenai kebakaran di Blok 31 Chai Chee Avenue itu pada kira-kira 11.05 malam.

“Ruang tamu unit tingkat lapan terbakar,” tambah SCDF.

SCDF berkata ia memadamkan api tersebut dengan tiada sesiapa ditemui dalam flat itu.

Disebabkan kejadian itu, tiga orang dari flat jiran perlu diperiksa kerana terhidu asap, lapor The Straits Times (ST).

Dua daripada mereka dibawa ke Hospital Besar Changi (CGH) manakala yang ketiga pula dihantar ke Hospital Besar Singapura (SGH).

Seorang anggota bomba yang terhidu asap juga dibawa ke SGH.

“Kira-kira 50 orang dari blok yang terjejas telah dipindahkan oleh polis dan SCDF sebagai langkah berjaga-jaga,” kata SCDF sambil menambah punca kebakaran sedang disiasat.

Anggota Parlimen GRC East Coast, Encik Tan Kiat How, mengucapkan terima kasih kepada SCDF, Majlis Bandaran East Coast dan sukarelawan akar umbi kerana membantu penduduk yang terjejas.

Beliau berkata pihaknya telah membuka Pusat Rangkaian Penduduk bagi warga emas berehat, menyediakan minuman dan makanan ringan, serta membantu penduduk yang menghadapi cabaran untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain.

Pasukan Majlis Bandaran East Coast juga bersedia untuk memulihkan bekalan elektrik dan air ke atas unit yang terjejas, dan membantu membersihkan ruang umum,” katanya.

“Kami juga akan mengecat semula permukaan bangunan itu,” katanya.

Encik Tan menambah bahawa penginapan sementara telah diaturkan untuk penduduk dengan flat yang terjejas teruk.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg