SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Kebakaran di flat Yishun: 50 dipindah, seorang dibawa ke hospital

Kebakaran di flat Yishun: 50 dipindah, seorang dibawa ke hospital

Penduduk padamkan api sebelum SCDF tiba, dua orang selamatkan penduduk
Apr 13, 2026 | 6:58 PM

Kebakaran di flat Yishun: 50 dipindah, seorang dibawa ke hospital

Kebakaran, Yishun, seorang ke hospital,  Lee Hui Ying,
Anggota Parlimen (AP) GRC Nee Soon, Cik Lee Hui Ying, dalam satu hantaran Facebook pada 12 April, berkata dua penduduk telah membantu menyelamatkan seorang lagi daripada kebakaran tersebut. - Foto FACEBOOK LEE HUI YING

Sekitar 50 penduduk sebuah blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Yishun telah dipindahkan, manakala seorang individu lain pula dikejarkan ke hospital selepas kebakaran berlaku di salah sebuah unit flat tersebut pada awal pagi 12 April.

Menjawab pertanyaan akhbar The Straits Times (ST), Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) memaklumkan, mereka menerima panggilan mengenai kebakaran itu, sekitar 3 pagi hari tersebut.

Ia melibatkan barangan dalam sebuah unit di tingkat dua, Blok 510B, Yishun Street 51.

SCDF menyatakan orang awam berjaya memadamkan kebakaran menggunakan gelung hos dan alat pemadam api sebelum pegawainya tiba di tempat kejadian.

Kira-kira 50 orang telah dipindahkan dari blok yang terjejas sebagai langkah berjaga-jaga oleh pihak polis dan SCDF, tambahnya.

Menurut SCDF, seorang mangsa dibawa ke Hospital Besar Singapura (SGH).

Punca kebakaran masih disiasat.

Anggota Parlimen (AP) GRC Nee Soon, Cik Lee Hui Ying, dalam satu hantaran Facebook pada 12 April, berkata dua penduduk telah membantu menyelamatkan seorang lagi penduduk daripada kebakaran tersebut.

Dalam foto yang disertakan bersama hantarannya, beliau menamakan dua penduduk itu sebagai ‘Furzan’ dan ‘Razmi’, serta menyatakan ‘abang Razmi’ turut terlibat dalam usaha menyelamat.

Cik Lee menzahirkan penghargaan atas sokongan pasukan Majlis Bandaran Nee Soon dan berkata beliau serta pihak majlis bandaran akan terus berhubung dengan keluarga terjejas untuk menyalurkan bantuan.

SCDF menambah, pihaknya difahamkan orang awam telah menghulurkan bantuan sebelum ketibaan pasukannya.

Pihaknya akan menghubungi mereka untuk memberi penghargaan atas tindakan mereka membantu yang terperangkap itu.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg