Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kebakaran di Jalan Kayu: Lelaki dibawa ke hospital, bekalan elektrik terjejas

May 12, 2025 | 4:35 PM
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dimaklumkan mengenai kebakaran di Blok 447B Jalan Kayu pada sekitar 9.30 pagi.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dimaklumkan mengenai kebakaran di Blok 447B Jalan Kayu pada sekitar 9.30 pagi. - Foto FACEBOOK NG CHEE MENG

Sebuah salur penaik elektrik terbakar di sebuah blok HDB di Jalan Kayu pada 12 Mei, mengakibatkan seorang penduduk dihantar ke hospital, dan sebahagian penduduk mengalami gangguan bekalan elektrik.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata pasukannya dimaklumkan mengenai kebakaran di Blok 447B Jalan Kayu itu pada sekitar 9.30 pagi.

Menurut SCDF, kebakaran melibatkan kandungan di dalam salur penaik elektrik di tingkat 10 blok tersebut dan berjaya dipadamkan menggunakan alat pemadam api.

Seorang individu telah dibawa ke hospital kerana mengalami sesak nafas, kata Anggota Parlimen (AP) SMC Jalan Kayu, Encik Ng Chee Meng, dalam satu hantaran di Facebook.

Encik Ng telah melawat blok berkenaan untuk menemui penduduk yang terjejas akibat kebakaran itu.

Dalam hantarannya pada sekitar 12 tengah hari, beliau menyatakan bahawa perkhidmatan lif di blok itu telah beroperasi semula, dan bekalan elektrik sepenuhnya dijangka disambung semula menjelang jam 9 malam.

Beliau turut memaklumkan bahawa sebuah kemudahan Rangkaian Penduduk telah dibuka untuk penduduk yang terjejas, bagi mereka berehat dan menggunakan bekalan elektrik.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Pada 15 Mac lalu, satu lagi salur penaik elektrik di blok berdekatan, Blok 447A, juga telah terbakar, menyebabkan dua orang dihantar ke hospital.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg