Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kebakaran di Woodlands: Dua cedera ringan, orang awam bantu padam api

Sep 4, 2024 | 5:17 PM
Beberapa orang awam dilihat bertindak memadamkan satu kebakaran yang berlaku dekat Blok 820, Woodlands Street 81, pada 1 September. Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) akan menghubungi mereka untuk memberi penghargaan atas semangat kemasyarakatan.
Beberapa orang awam dilihat bertindak memadamkan satu kebakaran yang berlaku dekat Blok 820, Woodlands Street 81, pada 1 September. Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) akan menghubungi mereka untuk memberi penghargaan atas semangat kemasyarakatan. - Foto TIKTOK AMRITPALSINGH7

Dua orang mengalami kecederaan ringan menyusuli satu kebakaran di Woodlands pada 1 September.

Ia melibatkan bahan mudah terbakar yang disimpan dalam sebuah kontena sampah.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia menerima panggilan berkenaan kejadian berdekatan Blok 870, Woodlands Street 81, sekitar 4.30 petang, lapor The Straits Times.

Api kemudian dipadamkan dengan menggunakan dua jet air kata SCDF.

SCDF menambah bahawa ia difahamkan beberapa orang awam turut bertindak membantu memadamkan api itu sebelum pasukannya tiba di tempat kejadian.

“SCDF akan menghubungi mereka untuk memberi penghargaan bagi tindakan semangat kemasyarakatan mereka,” ujar SCDF.

Dalam satu video yang dimuat naik di TikTok oleh pengguna @amritpalsingh7, sekurang-kurangnya tiga orang dilihat menggunakan paip air untuk memadamkan api, yang marak dari sebuah kontena sampah yang digunakan untuk membuang bahan serpihan.

Pegawai bomba turut dilihat menyasarkan jet air ke tong itu dari lantai bawah serta ke arah sebuah flat berdekatan di tingkat dua.

SCDF berkata punca kebakaran itu sedang disiasat.

View post on TikTok
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg