Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kebakaran gudang di Pioneer, tiada cedera

Apr 16, 2025 | 2:12 PM
Pasukan bomba memadamkan kebakaran di sebuah gudang di 23 Gul Drive, Pioneer pada 16 April.
Pasukan bomba memadamkan kebakaran di sebuah gudang di 23 Gul Drive, Pioneer pada 16 April. - Foto FACEBOOK SCDF

Satu kebakaran berlaku di sebuah gudang di Pioneer pada awal pagi 16 April.

Dalam satu hantaran Facebook pada 16 April, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) memaklumkan ia telah menerima panggilan mengenai kebakaran di 23 Gul Drive sekitar 6.15 pagi.

Anggota SCDF menggunakan jet air dan alat pemadam api tanpa pemandu untuk memadamkan kebakaran dalam masa satu jam.

Kerja-kerja penyejukan – iaitu proses menyimbah air ke atas permukaan yang terbakar bagi memastikan api benar-benar padam dan tidak marak semula – masih dijalankan di kawasan terjejas.

Kebakaran itu melibatkan bahan buangan yang disimpan di dalam gudang dengan keluasan kira-kira 20 meter kali 40 meter, kata SCDF.

Tiada kecederaan dilaporkan, dan punca kebakaran masih disiasat, lapor The Straits Times (ST).

Gudang di lokasi yang sama juga pernah terbakar pada Jun 2022, apabila kira-kira 50 anggota SCDF dikerahkan untuk memadamkan kebakaran menggunakan jet air dan buih. Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut.

ST telah menghubungi SCDF untuk maklumat lanjut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg