Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Limpahan minyak di perairan S’pura selepas saluran paip Shell bocor

Oct 20, 2024 | 8:32 PM
Minyak itu bocor ke laut dari saluran paip darat milik Shell antara Pulau Bukom (atas) dengan Bukom Kecil.
Minyak itu bocor ke laut dari saluran paip darat milik Shell antara Pulau Bukom (atas) dengan Bukom Kecil. - Foto ST

Satu limpahan minyak pada 5.30 pagi, 20 Oktober, dari saluran paip Shell telah menjejas perairan Singapura, kata Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) dalam satu kenyataan.

Minyak itu bocor ke laut dari saluran paip yang berpangkalan di darat milik syarikat petrokimia Britain antara Pulau Bukom dengan Bukom Kecil.

MPA dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira 1 petang dan kebocoran itu dilaporkan telah berhenti dari sumber.

Sehingga 6 petang, tiada tumpahan minyak baru kelihatan, menurut MPA.

Shell telah meletakkan pelampung pembendung di luar tapak kebocoran dan menggunakan bot yang dilengkapi dengan bahan membersihkan minyak yang kelihatan di sekitar kawasan kebocoran.

MPA juga telah mengerahkan tujuh bot yang dilengkapi dengan bahan kimia untuk membersihkan minyak di samping bot daripada kontraktornya, Singapore Salvage Engineers.

Tambahan pula, MPA telah mengaktifkan keupayaan dron dan satelitnya untuk membantu mengesan limpahan minyak.

Agensi pemerintah yang berkaitan telah dimaklumkan dan akan melaporkan sebarang limpahan minyak.

MPA berkata Pusat Kawalan Operasi Pelabuhannya telah mengeluarkan siaran keselamatan pelayaran untuk meminta kapal-kapal yang melalui kawasan tersebut agar menjauhi lokasi kejadian.

MPA menambah bahawa tiada kesan kepada keselamatan pelayaran.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg