Topic followed successfully
Go to BHkuKeluarga besar layak terima kredit $1,000 pada 28 Apr
Keluarga besar layak terima kredit $1,000 pada 28 Apr
Keluarga besar layak terima kredit $1,000 pada 28 Apr
Keluarga besar yang layak akan menerima kredit $1,000 bagi setiap anak ketiga dan seterusnya yang merupakan warga Singapura berusia satu hingga enam tahun.
Kredit tersebut akan disalurkan pada 28 April, dan ia bertujuan meringankan beban perbelanjaan harian mereka.
Kredit LifeSG Keluarga Besar adalah sokongan pemerintah kepada keluarga dengan anak yang lebih ramai, membantu perbelanjaan isi rumah seperti barangan runcit, pengangkutan dan utiliti.
Skim tersebut memberi $1,000 setiap tahun, dari usia anak setahun hingga enam tahun.
Bantuan bagi 2026, meliputi kanak-kanak yang lahir antara 2020 dengan 2025.
Pemegang amanah Akaun Pembangunan Anak (CDA) bagi setiap anak yang layak akan menerima kredit secara automatik dan boleh mengaksesnya melalui aplikasi LifeSG. Permohonan tidak diperlukan.
Kredit LifeSG Keluarga Besar boleh digunakan di peniaga yang menerima PayNow UEN QR atau NETS QR, termasuk pasar raya, farmasi, pembekal utiliti, serta perkhidmatan pengangkutan seperti teksi dan kereta sewa privet, jelas Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), dalam kenyataan 6 April.
Kredit ini sah selama 12 bulan sebelum luput.
Pemegang amanah CDA akan dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada “gov.sg” apabila kredit telah diberikan.
MSF mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada terhadap penipuan.
SMS pemberitahuan hanya akan memaklumkan status pembayaran, serta terma dan syarat berkaitan.
Penerima tidak akan diminta membalas SMS atau memberikan maklumat peribadi, tegas MSF.
Ini merupakan pembayaran kedua di bawah Skim Keluarga Besar, yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, dalam Belanjawan 2025.

