Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Keluarga rayu saksi, rakaman kemalangan maut penunggang motosikal

Jun 23, 2025 | 4:07 PM
Kemalangan jalan raya meragut nyawa Encik Muhammad Zuhairi Jumahat yang menunggang motosikal sewaktu  dalam perjalanan pulang dari kerja.
Kemalangan jalan raya meragut nyawa Encik Muhammad Zuhairi Jumahat yang menunggang motosikal sewaktu dalam perjalanan pulang dari kerja. - Foto FACEBOOK URUSAN JENAZAH SINGAPURA AL-IKHLAS

Seorang penunggang motosikal Encik Muhammad Zuhairi Jumahat 26 tahun maut selepas terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah lori di Clementi Road menghala ke Commonwealth Avenue West pada pagi 19 Jun.

Menurut kenyataan polis, mereka diberitahu tentang kejadian berlaku sekitar jam 9.15 pagi, dan Encik Zuhairi telah dihantar ke Hospital Universiti Nasional (NUH) dalam keadaan tidak sedarkan diri, sebelum disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.

Seorang pemandu lori berusia 68 tahun telah ditahan kerana disyaki memandu tanpa pertimbangan munasabah yang menyebabkan kematian. Siasatan polis sedang dijalankan.

Dalam hantaran facebook ‘Death Kopitiam Singapore’, Allahyarham dikatakan sedang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas tamat syif malam.

Beliau merupakan anak sulung daripada empat beradik, digambarkan sebagai seorang yang rendah hati, lemah lembut dan disenangi oleh rakan-rakan serta rakan sekerja.

Tunangnya turut berkongsi bahawa mereka sedang merancang majlis perkahwinan pada 2026 dan Encik Zuhairi gigih bekerja di demi masa depan bersama.

Dalam catatan facebook adiknya, Cik Nur Zulaika Jumahat, pihak keluarga merayu kepada orang ramai yang mungkin menyaksikan kemalangan itu atau memiliki rakaman kamera papan pemuka dalam kereta untuk tampil membantu siasatan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg