Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kemalangan dekat Pusat Pemeriksaan Woodlands: 2 dihantar ke hospital

Dua yang cedera merupakan drebar wanita berusia 36 tahun, budak lelaki berusia 8 tahun
Nov 22, 2024 | 3:20 PM
Video selepas insiden menunjukkan sebuah kereta merah dan dua MPV putih di jalan dua lorong, tidak bergerak dengan serpihan bertaburan di sekelilingnya
Video selepas insiden menunjukkan sebuah kereta merah dan dua MPV putih di jalan dua lorong, tidak bergerak dengan serpihan bertaburan di sekelilingnya - Foto TANGKAP LAYAR SINGAPORE ROAD ACCIDENT.COM

Dua orang dikejarkan ke Hospital Universiti Nasional (NUH) menyusuli satu kemalangan berhampiran Pusat Pemeriksaan Woodlands pada 22 November.

Polis berkata mereka dimaklumkan mengenai kemalangan membabitkan tiga kereta di sepanjang Ekspreswe Bukit Timah (BKE) menuju ke pusat pemeriksaan sekitar 12.05 pagi.

Seorang pemandu wanita berusia 36 tahun dan penumpangnya, seorang budak lelaki berusia lapan tahun, dalam keadaan sedar ketika dibawa ke hospital oleh Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), lapor The Straits Times.

Siasatan polis sedang dijalankan.

Satu video menyusuli insiden itu yang disiarkan di Facebook menunjukkan sebuah kereta merah dan dua kenderaan serba guna (MPV) putih tidak bergerak di jalan dua lorong, dengan serpihan bertaburan di sekelilingnya.

Kelihatan seorang budak lelaki sedang duduk di tepi jalan di sebelah kereta merah itu, dengan apa yang kelihatan seperti darah di permukaan jalan di sekelilingnya. Motosikal kelihatan bergerak antara kenderaan yang rosak itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg