Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Kembar tiga dari satu embrio beku sambut Krismas dan hari lahir pertama

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kembar tiga dari satu embrio beku sambut Krismas dan hari lahir pertama

Dec 25, 2023 | 05:08 PM



Dalam tahun pertama kehidupan mereka, kembar tiga dalam keluarga Chua telah membintangi iklan pemerintah di televisyen dan menyertai satu persidangan perubatan - di samping kerap menarik perhatian jiran-jiran mereka.

Pada malam Krismas, Gareth, Kenneth dan Seth meraikan Hari Natal pertama mereka dan juga menyambut awal hari jadi pertama mereka dengan pesta untuk keluarga dan rakan-rakan yang dianjurkan oleh ibu bapa mereka.

Ibu mereka, Dr Claire Low, 34 tahun, berkata: “Kami orang Kristian, dan Krismas adalah masa untuk berterima kasih atas pemberian dan berkat dalam kehidupan. Dan anak-anak kami adalah hadiah terbesar kami.”

Bapa mereka, Encik Edwin Chua, seorang pegawai Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang berusia 36 tahun, menyifatkan kehadiran kembar tiga itu sebagai satu keajaiban atau misteri perubatan.

Hanya satu embrio beku telah ditanam dalam rahim Dr Low melalui pensenyawaan in vitro (IVF), dan peluang bagi satu embrio berpecah menjadi kembar tiga adalah satu perkara yang sangat jarang berlaku, kata doktor beliau, Dr Sim Wen Shan, konsultan kanan di jabatan perubatan janin ibu di Hospital Wanita dan Kanak-kanak KK (KKH).


Malah, satu kajian Jepun mendapati bahawa hanya 0.04 peratus kehamilan daripada pemindahan embrio tunggal menghasilkan kembar tiga.

Dr Low hamil dengan anak sulungnya, Keith, yang kini berusia tiga tahun, secara semula jadi.

Sebelum kelahiran Keith, mereka telah mencuba pelbagai prosedur kesuburan, tetapi tidak berhasil.

Pada Mei 2022, pasangan itu menggunakan salah satu embrio mereka yang telah dibekukan untuk cuba hamil anak kedua.

Bagaimanapun, mereka terkejut apabila mendapat khabar Dr Low hamil dengan kembar tiga, kata pasangan itu kepada akhbar The Straits Times dalam satu wawancara sejurus selepas kembar tiga itu dilahirkan pada 3 Januari lalu.


Kembar tiga lelaki itu dilahirkan selang satu minit pada 34 minggu melalui pembedahan Caesarean di KKH. Gareth yang sulung, manakala Kenneth pula anak tengah, dan Seth, yang paling muda.

Kelahiran kembar tiga jarang berlaku di Singapura. Pada 2022, hanya enam set kembar tiga dilahirkan di sini, menurut Laporan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 2022 yang diterbitkan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA).

Membesarkan kembar tiga bagaimanapun tidak mudah. Antaranya, Dr Low memberikan mereka campuran susu badan dan susu formula, dengan bekalan susu mereka ditambah dengan derma dari lapan ibu lain.

Kos membesarkan kembar tiga juga satu cabaran.

“Semuanya perlu dikalikan tiga - serentak,” kata Dr Low.

Contohnya, ketika kembar tiga itu baru lahir, mereka menggunakan pek berisi 24 lampin, yang berharga sekitar $10, dalam sehari.

Namun begitu, keluarga Chua amat bersyukur bahawa kembar tiga itu dapat membesar dengan sihat.

Dr Low berkata: “Krismas adalah musim memberi. Tahun ini, kami telah diberi hadiah kehidupan, hadiah kemurahan hati, persahabatan dan persaudaraan.

“Krismas juga mengenai harapan. Dan harapan tidak pernah mengecewakan.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >