Kempen DermaOne Ramadan: Nur Insan galak sumbangan 30 hari bantu 3,000 pelajar

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kempen DermaOne Ramadan: Nur Insan galak sumbangan 30 hari bantu 3,000 pelajar

Mar 6, 2026 | 5:30 AM

Kempen DermaOne Ramadan: Nur Insan galak sumbangan 30 hari bantu 3,000 pelajar

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Nur Insan, pendidikan agama, derma Ramadan
Nur Insan memastikan setiap pelajar yang mengikuti programnya menerima pendidikan agama yang bermutu dan penuh nilai, demi membina masa depan yang lebih cerah. - Foto NUR INSAN

Di sebalik senyuman seorang pelajar yang mampu membaca Al-Quran dengan lancar, ada kos dan pengorbanan yang jarang dilihat.

Menurut wakil Nur Insan, ketika ini lebih 3,050 pelajar dan peserta sedang meraih manfaat daripada program pendidikan Islam percuma yang ditawarkan di bawah naungan pertubuhan tersebut.

Program-program ini merangkumi kelas asas fardu ain, bimbingan Al-Quran, ceramah keagamaan serta pelbagai daya usaha pembangunan sahsiah yang bertujuan memperkukuh kefahaman dan penghayatan Islam dalam kalangan masyarakat.

Usaha berterusan ini memberi peluang kepada kanak-kanak, remaja serta orang dewasa untuk menimba ilmu agama tanpa dibebani kos kewangan.

Bagi ramai keluarga berpendapatan rendah, daya usaha ini menjadi sumber sokongan penting dalam memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan agama yang bermutu.

Namun, demi menjamin kesinambungan dan kelangsungan program-program ini, Nur Insan memerlukan kira-kira $500,000 setahun bagi menampung kos operasi.

Perbelanjaan tersebut meliputi elaun asatizah, sewa pusat pengajian, penyediaan bahan pembelajaran, serta bantuan keperluan asas kepada pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan.

Sokongan masyarakat dan penderma amatlah penting bagi memastikan usaha murni ini dapat diteruskan dan terus memberi manfaat kepada generasi akan datang.

Antara program yang kini berjalan termasuk:

1. Madrasah Hujung Minggu – 835 pelajar.

2. Kelas Fardu Ain Dalam Talian – 800 peserta.

3. Cloud Madrasah – 525 pelajar.

4. Penajaan Buku – 240 pelajar.

5. Kelas Agama Dewasa – 250 peserta.

6. Program Cuti Sekolah – 400 peserta.

Sempena Ramadan yang penuh keberkatan, Nur Insan melancarkan ‘DermaOne Ramadan’, satu kempen khas yang menggalakkan sumbangan konsisten sepanjang 30 hari Ramadan melalui laman www.nurinsan.sg/dermaone.

Kempen ini bertujuan mengumpul dana bagi menampung keperluan tahunan serta memastikan tiada pelajar tercicir daripada pendidikan Islam hanya kerana kekangan kewangan.

“Ramadan adalah peluang terbaik untuk kita melipatgandakan amalan. Setiap sumbangan, walaupun kecil, boleh menjadi asbab perubahan besar apabila dilakukan secara kolektif,” kata wakil Nur Insan.

Dengan berbaki hanya beberapa malam terakhir Ramadan, Nur Insan turut mengingatkan masyarakat agar tidak melepaskan peluang merebut ganjaran malam yang lebih baik daripada seribu bulan.

Marilah kita bersama-sama berusaha meraih manfaat dan keberkatan Ramadan serta lailatulqadar. Setiap sumbangan hari ini bukan sekadar derma, ia adalah pelaburan untuk generasi berilmu dan pahala yang berpanjangan.

‘DermaOne Ramadan’ khas untuk Ramadan sahaja. Selepas Ramadan, orang ramai masih boleh menyokong melalui program sumbangan bulanan yang disediakan.

SEKILAS:

1. Orang ramai yang ingin menyumbang atau mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi: Talian Nur Insan di 6920-7505 atau WhatsApp ke talian 8768-4688.

2. Untuk maklumat lanjut, lungsuri laman www.nurinsan.sg.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg