Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kempen SalamSG 2025 galak masyarakat hidupkan semangat keagamaan

Feb 8, 2025 | 8:58 PM
SalamSG 2025 dilancarkan oleh (dari kiri) Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir; Presiden Muis, Encik Saat Abdul Rahman; Pengerusi Eksekutif Masjid Al-Istighfar yang juga mengetuai Korban, Encik Mohamed Imran Omar; Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; Pengerusi Eksekutif Masjid Al-Khair dan Assyakirin yang juga mengetuai SalamSG Ramadan, Encik Fa’izal Abdul Rahim; Ketua Pegawai Eksekutif Muis, Encik Kadir Maideen; Pengarah Kanan Sektor Satu Masjid (OMS), Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Zalman Ali.
SalamSG 2025 dilancarkan oleh (dari kiri) Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir; Presiden Muis, Encik Saat Abdul Rahman; Pengerusi Eksekutif Masjid Al-Istighfar yang juga mengetuai Korban, Encik Mohamed Imran Omar; Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; Pengerusi Eksekutif Masjid Al-Khair dan Assyakirin yang juga mengetuai SalamSG Ramadan, Encik Fa’izal Abdul Rahim; Ketua Pegawai Eksekutif Muis, Encik Kadir Maideen; Pengarah Kanan Sektor Satu Masjid (OMS), Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Zalman Ali. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Kempen tahunan SalamSG 2025 telah dilancarkan di Persidangan Sektor Satu Masjid (OMS), menandakan permulaan tempoh penuh aktiviti dari Ramadan hingga Zulhijah (1 Mac hingga 26 Jun).

SalamSG, yang dipimpin oleh masjid-masjid dan disokong oleh Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), bertujuan untuk menggalakkan masyarakat Islam menghidupkan semangat keagamaan mereka dengan menyertai program agama masjid secara maya dan fizikal.

Ia dilancarkan oleh Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; Presiden Muis, Encik Saat Abdul Rahman; Ketua Pegawai Eksekutif Muis, Encik Kadir Maideen; Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir; Pengarah Kanan Sektor Satu Masjid (OMS), Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Zalman Ali; Pengerusi Eksekutif Masjid Al-Khair dan Assyakirin yang juga mengetuai SalamSG Ramadan, Encik Fa’izal Abdul Rahim dan Pengerusi Eksekutif Masjid Al-Istighfar yang juga mengetuai SalamSG Korban, Encik Mohamed Imran Omar.

Bercakap kepada media selepas majlis pelancaran kempen tersebut, Encik Zalman, berkata SalamSG merupakan wadah yang baik untuk masjid memberikan yang terbaik untuk masyarakat terutama sekali di Ramadan.

“SalamSG adalah contoh bagaimana masjid-masjid dapat berganding bahu dan memberikan perkhidmatan terbaik untuk masyarakat sepanjang Ramadan.

“Kita juga dapat lihat masjid-masjid bersedia untuk menyambut orang ramai bagi menunaikan solat sepanjang bulan Ramadan,” ujarnya.

Bertemakan ‘Bina keyakinan, Pupuk Kebijaksanaan’, pelancaran itu menyaksikan 70 masjid di Singapura dilambangkan dengan bunga yang dikait atau menggunakan teknik ‘crochet’ yang dihasilkan melalui Projek Kloth Women Up X Thread Up.

Setiap masjid yang terletak di empat kelompok berbeza – Utara, Selatan, Timur, dan Barat – mempunyai warna bunga tersendiri, mencerminkan komitmen bersama dan perpaduan Muis dalam berkhidmat kepada masyarakat. Maklumat lanjut mengenai SalamSG Ramadan 2025 akan dikongsi pada pertengahan Februari.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg