Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kemudahan akses nombor NRIC dari portal Acra cetus kebimbangan

Dec 13, 2024 | 6:05 PM
Melalui portal Penguasa Pengawalan Korporat dan Perakaunan (Acra), orang ramai mempunyai akses kepada nombor NRIC individu yang berkaitan dengan perniagaan berdaftar di Singapura.
Melalui portal Penguasa Pengawalan Korporat dan Perakaunan (Acra), orang ramai mempunyai akses kepada nombor NRIC individu yang berkaitan dengan perniagaan berdaftar di Singapura. - Foto ACRA

Orang awam telah menyuarakan kebimbangan mengenai privasi data peribadi mereka berkaitan kemudahan mengakses nombor Kad Pengenalan (NRIC) di portal Penguasa Pengawalan Korporat dan Perakaunan (Acra).

Orang ramai mempunyai akses kepada nombor NRIC individu yang ada kaitan dengan perniagaan berdaftar di Singapura melalui carian, tanpa membayar, di laman web yang baru dilancarkan itu.

Pada masa lalu, butiran seperti nombor NRIC dan alamat perniagaan tersenarai boleh diperoleh melalui Acra dalam fail PDF, dengan bayaran.

Kebimbangan itu disuarakan oleh pembaca yang khuatir tentang penipuan baru-baru ini, termasuk kejadian bank akaun satu pasangan yang sedang bercuti disekat dan kad kredit mereka dibatalkan oleh pencuri identiti.

Pada 11 Disember, The Straits Times (ST) dimaklumkan tentang ciri carian di portal Bizfile bagi peraturan dan pemfailan perniagaan. Portal itu dilancarkan pada 9 Disember.

“Saya menjumpai nombor IC saya di Bizfile,” kata seorang suri rumah, Cik Gina Tan, yang mula memeriksa portal itu selepas seorang penipu yang menyamar sebagai pegawai Polis Antarabangsa (Interpol) menghubungi ibunya dan membacakan alamat serta nombor NRIC beliau.

Menyakini panggilan itu benar kerana mempunyai butiran peribadi anaknya, ibu Cik Tan hampir menghantar butiran bank beliau kepada penipu tersebut.

Mujur tindakan Cik Tan sempat menghentikannya.

Cik Tan juga mendapati nama dan nombor IC rakan-rakannya boleh diakses melalui laman web Bizfile.

Pada 12 Disember, ST dapat memperoleh nombor IC dan nama penuh beberapa ahli perniagaan terkemuka serta menteri Kabinet menerusi laman web Bizfile, dengan percuma.

Dengan harga $33 bagi setiap nama, ST juga dapat membeli profil lengkap individu itu serta memperoleh alamat perniagaan berdaftar, jawatan semasa dan jawatan lalu mereka.

ST telah menghubungi Acra dan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) pada 12 Disember untuk mendapatkan butiran lanjut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg