Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Kenali tempat bersejarah menerusi cerita

May 02, 2024 | 04:32 PM



Bagi Encik Nor Syazwan Abdul Majid, 27 tahun, Pulau Ubin bukan sekadar sebuah pulau biasa, tapi ia memaparkan kekayaan simbol warisan budaya.

Ibunya, Cik Noorriah Sulong, 65 tahun, membesar sebagai sebahagian daripada masyarakat ‘Orang Pulau’ dan telah menetap di Pulau Ubin selama 20 tahun sehingga 1979, apabila beliau berpindah ke Singapura selepas berumah tangga.

Hasil mendengar kisah mengenai kehidupan ibunya di pulau itu, Encik Syazwan menanam minat terhadap gaya hidup di kampung sana dan merancang lawatan berpandu ke Pulau Ubin.

Lawatan ke Pulau Ubin merupakan antara 120 program yang dihoskan Pesta Warisan Singapura 2024 yang berlangsung dari 1 Mei hingga 26 Mei.

Pesta itu, yang memasuki edisi ke-21, meraikan warisan yang dibina di Singapura serta menceritakan kisah di sebalik bangunan, tapak dan struktur negara ini.

Lawatan berpandu Encik Syazwan, yang diberi nama Lawatan Kampung Melayu di Pulau Ubin, bertujuan mendidik orang ramai mengenai hubungan Orang Pulau Ubin dengan sekitaran mereka.

“Ia merupakan lawatan dari kampung utama ke kampung Melayu (Kampung Sungei Durian) serta bekas kampung Melayu (Kampung Surau) – satu cara bagi peserta lawatan meneroka kisah lampau dan bagi mereka mengalami apa yang pernah wujud sebelum ini,” kata Encik Syazwan, seperti yang dilaporkan The Straits Times.


Mahasiswa kerja sosial di Universiti Sains Sosial Singapura (SUSS) itu juga menguruskan Jurnal Ubin Wan sebagai satu kaedah memulihara kisah-kisah masyarakat Orang Pulau Ubin.

Satu lagi lawatan sempena Pesta Warisan Singapura kali ini adalah tentang kisah wanita samsui bersama Cik Pauline Fun.


Cik Fun, 53 tahun, yang merupakan seorang penyelidik warisan dan bekas pengetua CHIJ St Joseph’s Convent, amat berminat tentang sejarah wanita samsui.


Wanita samsui terkenal kerana topi kepala mereka yang berwarna merah dan mendapat kerja sebagai pekerja buruh dalam industri binaan.


Datuk dan nenek Cik Fun berpindah dari daerah Samsui di wilayah Guangdong, China ke Singapura pada 1930-an, dan datuknya telah memulakan syarikat pengangkutan untuk menghantar wanita samsui ke tapak binaan untuk bekerja.


Menerusi lawatan tersebut, yang akan membawa pelawat sekitar Chinatown, Cik Fun berharap untuk memaparkan cabaran wanita samsui di Singapura.


Bagi mereka yang berminat dengan seni bina, Pesta Warisan Singapura kali ini menawarkan lawatan berjalan di kawasan bandar Singapura.

Lawatan yang diterajui firma seni bina, DP Architects, itu akan membawa pelawat ke beberapa mercu tanda, meliputi sejarah perancangan bandar di Singapura serta pelbagai elemen yang menjadi sebahagian daripada sekitaran yang dibina di sini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >