Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kenderaan pandu sendiri di S’pura diuji beberapa kali sebelum mula operasi

Sep 29, 2025 | 4:08 PM
Kenderaan pandu sendiri, S’pura, diuji
Pembangun kenderaan pandu sendiri perlu melengkapkan ujian pertama pergerakan asas di trek yang diubah suai menyerupai jalan raya awam biasa. - Foto ST

Sebelum kenderaan pandu sendiri mula beroperasi di jalan raya di sini, ia perlu lulus pelbagai ujian, bermula dengan ujian yang serupa dengan ujian memandu bagi pemandu.

Di sebuah litar seluas 1.8 hektar di Pusat Kecemerlangan untuk Ujian dan Penyelidikan Kenderaan Autonomi di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) di Boon Lay, pembangun kenderaan pandu sendiri perlu melengkapkan ujian pertama mereka untuk pergerakan asas di trek yang diubah suai seperti jalan raya awam biasa, lapor The Straits Times (ST).

Ujian pertama itu, yang dikenali sebagai ‘Milestone One’ dalam industri, turut menguji keupayaan kenderaan berautonomi (AV) untuk berhenti dan memberi tindak balas terhadap halangan yang bergerak dan tidak bergerak, serta keupayaannya melakukan pemberhentian kecemasan.

Pada 25 September, salah satu kenderaan ulang-alik pandu sendiri pertama di Punggol yang dikendalikan oleh Grab dan syarikat AV dari Guangzhou, WeRide, telah menjalani ujian itu semasa lawatan media ke pusat tersebut.

Kenderaan ulang-alik itu menjalani latihan dan persiapan selama satu setengah bulan sebelum lulus ujian tersebut.

Kenderaan dengan lima tempat duduk berwarna ungu terang itu mampu mengesan penumpang dan objek di jalan raya, menggunakan 11 kamera dan empat sensor pengesanan cahaya dan jarak (Lidar), yang dipasang di seluruh luarannya.

Kenderaan pandu sendiri yang mempunyai lima tempat duduk itu dilengkapi dengan 11 kamera dan empat sensor pengesanan cahaya dan jarak (Lidar) yang dipasang di seluruh luarannya.
Kenderaan pandu sendiri yang mempunyai lima tempat duduk itu dilengkapi dengan 11 kamera dan empat sensor pengesanan cahaya dan jarak (Lidar) yang dipasang di seluruh luarannya. - Foto ST

Sensor Lidar menggunakan laser untuk mengukur jarak dan mencipta peta tiga demensi (3D) terperinci persekitaran sekeliling.

Antara halangan yang dielakkan oleh kenderaan pandu sendiri itu sambil mematuhi peraturan trafik ialah pejalan kaki berbentuk patung atau ‘dummy’ yang melintas secara melulu.
Antara halangan yang dielakkan oleh kenderaan pandu sendiri itu sambil mematuhi peraturan trafik ialah pejalan kaki berbentuk patung atau ‘dummy’ yang melintas secara melulu. - Foto ST

Kenderaan itu mengelak beberapa halangan semasa mematuhi peraturan trafik, termasuk pejalan kaki berbentuk patung atau ‘dummy’ yang melintas secara melulu, pejalan kaki manusia di laluan pejalan kaki, dan ‘dummy’ yang tidak bergerak di tengah jalan.

Kenderaan pandu sendiri itu juga memberi tindak balas tepat terhadap isyarat lampu trafik.

Kenderaan pandu sendiri itu dapat berhenti apabila mengesan lampu trafik bertukar merah.
Kenderaan pandu sendiri itu dapat berhenti apabila mengesan lampu trafik bertukar merah. - Foto ST

Grab dan WeRide akan bekerjasama dalam menawarkan laluan pertama untuk orang ramai pada 2026 – perjalanan pergi balik sejauh 10 kilometer dalam masa 35 minit yang menghubungkan penduduk Matilda Court dan Punggol Clover ke poliklinik di Oasis Terraces melalui Punggol Plaza.

Pada 25 September, Pengarah Program Kanan Pusat dan Ketua Pegawai Operasi (COO) Institut Penyelidikan Tenaga NTU, Encik Niels de Boer, berkata litar itu direka bagi meniru jalan-jalan Singapura, membolehkan ujian selamat bagi kenderaan pandu sendiri.

Setiap ujian di litar mengambil masa sekitar lima jam, tetapi laporan ujian boleh mengambil masa sehingga seminggu untuk disiapkan.

Mengambil kira kebanyakan AV yang diuji di sini dibangunkan di luar negara, Encik de Boer, berkata penting untuk memastikan kenderaan itu disesuaikan dengan trafik, peraturan, dan keadaan jalan di Singapura.

“Keadaan trafik berbeza di setiap tempat. Lampu trafik dan petak kuning di Singapura juga berbeza dan tidak wujud di kebanyakan negara.

“Kami sering melihat kenderaan gagal mengenali anak panah petanda pusingan kecil kerana ia tidak ada di banyak negara lain,” tambah beliau.

Encik de Boer mendedahkan pusat tersebut telah menyelesaikan 104 penilaian kenderaan pandu sendiri di bawah rangka kerja Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), dengan setiap kenderaan gagal ujian sekurang-kurangnya sekali secara purata.

Antara kenderaan yang diuji termasuk bas ulang-alik pandu sendiri di Resorts World Sentosa (RWS) dan kenderaan penyapu jalan tanpa pemandu di Marina.

Pusat tersebut ingin menggandakan jumlah ujian dengan bekerjasama bersama LTA untuk meneroka ujian berkumpulan bagi kenderaan pandu sendiri.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg