Kereta api RTS Link lengkap dengan siaran kecemasan khas bagi penumpang guna alat pendengaran
Kereta api RTS Link lengkap dengan siaran kecemasan khas bagi penumpang guna alat pendengaran
Jun 30, 2025 | 7:55 PM
Kereta api Laluan Sistem Transit Laju (RTS Link) mempunyai kapasiti optimum sebanyak 607 penumpang, dan maksimum 1,087 penumpang. - Foto ZAOBAO
Kereta api pertama daripada lapan yang bakal beroperasi di Laluan Sistem Transit Laju (RTS Link) antara Singapura dengan Johor Bahru sudah tiba di Singapura.
Kereta api empat gerabak yang mempunyai kapasiti optimum sebanyak 607 penumpang, dan maksimum 1,087 penumpang itu akan menjalani ujian integrasi sistem di Pusat Ujian Rel Singapura (SRTC) di Tuas selama beberapa bulan, sebelum ia dipindahkan ke landasan RTS Link untuk ujian seterusnya dan pentauliahan.
Ciri-ciri kereta api Laluan Sistem Transit Laju (RTS Link):
- Kereta api empat gerabak sepanjang 76.5 meter.
- Boleh mencapai kelajuan hingga 80 kilometer sejam.
- Siaran pengumuman kecemasan khas untuk penumpang yang menggunakan alat pendengaran, supaya mereka dapat mendengar dengan jelas tanpa gangguan bunyi latar belakang.
Siaran pengumuman kecemasan khas untuk penumpang yang menggunakan alat pendengaran, supaya mereka dapat mendengar dengan jelas tanpa gangguan bunyi latar belakang. - Foto ZAOBAO
- Setiap gerabak kereta api mempunyai 32 tempat duduk, termasuk empat yang boleh dilipat bagi memberi ruang kepada kerusi roda, kereta sorong bayi atau bagasi.
Setiap gerabak kereta api mempunyai 32 tempat duduk, termasuk empat yang boleh dilipat bagi memberi ruang kepada kerusi roda, kereta sorong bayi atau bagasi. - Foto ST
- Sekiranya berlaku kecemasan, penumpang boleh menggunakan butang panggilan untuk bercakap dengan Pusat Kawalan Operasi.
Butang panggilan untuk bercakap dengan Pusat Kawalan Operasi ketika kecemasan. - Foto ST
- Ketika kecemasan, penumpang membuka salah satu panel merah yang dilengkapi tuil untuk membuka pintu kereta api. Membuka panel tersebut akan menghantar isyarat amaran kepada Pusat Kawalan Operasi. Panel itu hanya boleh digunakan apabila kereta api telah berhenti sepenuhnya.
Panel merah yang dilengkapi tuil untuk membuka pintu kereta api. - Foto ST
- Terdapat pengesan asap dan api di dalam kereta api, serta tingkap yang boleh dibuka untuk membolehkan udara segar masuk ke dalam kabin.
- Panel dalam kereta api yang akan memaparkan stesen seterusnya semasa perjalanan.
Panel dalam kereta api yang akan memaparkan stesen seterusnya semasa perjalanan. - Foto ST
- Panel kawalan, apabila tidak tersembunyi, di kabin hadapan kereta api.
Panel kawalan, apabila tidak tersembunyi, di kabin hadapan kereta api. - Foto ZAOBAO
Laporan berkaitan
Kereta api pertama RTS Link tiba di S’pura, jalani ujian hingga suku akhir 2025Jun 30, 2025 | 12:03 PM
S’pura, M’sia usahakan sistem pembayaran terbuka bagi RTS Link Jun 30, 2025 | 7:05 PM

