Masyarakat
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kereta kebal terlanggar lampu isyarat semasa raptai NDP, pertunjukan NE

Jul 7, 2025 | 12:18 AM
Rakaman kejadian yang dimuat naik di laman Facebook SGRV menunjukkan lampu isyarat tersebut senget sedikit selepas dilanggar.
Rakaman kejadian yang dimuat naik di laman Facebook SGRV menunjukkan lampu isyarat tersebut senget sedikit selepas dilanggar. - Foto TANGKAP LAYAR FACEBOOK SGRV

Perarakan kenderaan tentera, atau mobile columns yang menampilkan aset ketenteraan negara seperti kereta kebal semasa sambutan seperti Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) Singapura, lazimnya menarik perhatian dan kekaguman orang ramai.

Namun, sebuah kereta kebal telah menarik perhatian orang ramai atas sebab yang berbeza semasa persembahan Pendidikan Nasional (NE) NDP pada 5 Julai.

Semasa membuat pusingan ke kanan di luar Bangunan Parlimen dan Mahkamah Agung, sebuah kereta kebal Leopard telah melanggar sebuah lampu isyarat berhampiran.

Rakaman kejadian yang dimuat naik di laman Facebook SGRV menunjukkan lampu isyarat tersebut menyenget sedikit selepas dilanggar.

Video berkenaan, yang dimuat naik sekitar 9.55 malam pada 5 Julai, meraih 472,000 tontonan dalam tempoh 10 jam. 

Ia turut menerima 2,400 tanda suka dan 738 komen setakat 9 pagi, 6 Julai, lapor The Straits Times (ST).

NDP 2025 yang menandakan 60 tahun kemerdekaan Singapura, akan berlangsung di Padang pada 9 Ogos.

Sebagai respons kepada pertanyaan media, Kementerian Pertahanan (Mindef) pada 6 Julai memaklumkan bahawa sebuah Kereta Kebal Tempur Utama Leopard 2SG (L2SG) telah mengalami masalah teknikal pada 7.22 malam, 5 Julai.

“Ia mengakibatkan satu kejadian di sepanjang North Bridge Road, apabila kereta kebal itu terlanggar sebuah lampu isyarat,” menurut kenyataan Mindef, sambil menjelaskan bahawa insiden berlaku selepas segmen perarakan kenderaan tentera.

Tiada kecederaan dilaporkan, dan kereta kebal tersebut kekal berada dalam kawasan tertutup, jauh daripada orang awam.

Mindef memaklumkan bahawa L2SG sedang bergerak dalam lingkungan had laju yang ditetapkan iaitu 20 kilometer sejam ketika insiden itu berlaku.

“Kru kereta kebal bertindak mengikut prosedur operasi standard (SOP), dan L2SG berjaya dialihkan dengan selamat tanpa sebarang kerosakan pada kenderaan itu,” tambah kenyataan tersebut.

Lampu isyarat tersebut hanya mengalami kerosakan kecil dan telah dibaiki oleh Mindef, jawatankuasa NDP 2025 serta Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Siasatan masih dijalankan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg