Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kereta terbakar di Airport Road

Jun 7, 2023 | 5:48 PM
KERETA TERBAKAR: Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) telah dimaklumkan tentang kebakaran di Airport Road pada Rabu.
KERETA TERBAKAR: Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) telah dimaklumkan tentang kebakaran di Airport Road pada Rabu. - Foto ST

Sebuah kereta putih, dipercayai Audi R8, terbakar di Ubi pada petang Rabu.

Tiada orang dilaporkan cedera.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia telah dimaklumkan tentang kebakaran di sepanjang Airport Road pada kira-kira 2.30 petang.

Kebakaran itu berjaya dipadamkan menggunakan jet buih udara.

Punca kebakaran itu masih disiasat.

Menurut laporan tahunan SCDF yang dikeluarkan pada Februari, terdapat 204 kebakaran kenderaan pada 2022, kenaikan sebanyak 31.6 peratus daripada 155 pada 2021.

Kenaikan itu berikutan pelonggaran sekatan Covid-19 pada 2022.

SCDF berkata angka 2022 adalah serupa dengan tahap pra-pandemik dan terdapat 195 kebakaran kenderaan pada 2019.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg