Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kereta Zeekr rai setahun di S’pura, lancar model baru Zeekr 7X

Sep 28, 2025 | 3:01 PM
Kini terdapat tiga model berbeza bagi kenderaan, Zeekr 7X, iaitu RWD Long Range dengan jarak pemanduan sehingga 475 kilometer; RWD Long Range sehingga 605 kilometer; dan AWD Performance sehingga 540 kilometer. 
Kini terdapat tiga model berbeza bagi kenderaan, Zeekr 7X, iaitu RWD Long Range dengan jarak pemanduan sehingga 475 kilometer; RWD Long Range sehingga 605 kilometer; dan AWD Performance sehingga 540 kilometer.  - Foto BH oleh FARID HAMZAH

Jenama kenderaan elektrik mewah China, Zeekr, telah meraikan tahun pertamanya di Singapura dengan pelancaran Zeekr 7X, kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah yang dilengkapi teknologi generasi akan datang.

Pelancaran itu berlangsung di Marina Bay Sands pada 25 September, dan jenama kereta elektrik itu turut meraikan penyerahan kenderaan ke-100-nya di pasaran.

Pertama kali tampil di pameran Singapore Motorshow awal 2025, Zeekr 7X telah menarik perhatian kerana reka bentuk yang diperkemas, teknologi serta prestasinya yang canggih.

Ia merupakan model sejagat pertama jenama yang dibina pada wadah pengecasan pantas 800V DC, bertujuan memberikan pengalaman pemanduan elektrik premium dengan kedua-dua kelajuan dan kemudahan.

Ketua Asia Tenggara di Zeekr, Encik Alex Bao, menyifatkan model itu sebagai langkah ke hadapan bagi visi jenama tersebut.

“Zeekr 7X lebih daripada model baru. Ia mewakili langkah berani ke hadapan ke arah cara kami mentakrifkan masa depan mobil elektrik.

“SUV ini pintar dan direka khusus bagi memenuhi keperluan keluarga di serata dunia.

“Dengan Zeekr 7X, kami memberikan pengalaman gaya hidup yang lancar yang dibina berdasarkan prestasi, reka bentuk dan teknologi sedia masa hadapan,” katanya.

Zeekr 7X adalah SUV elektrik yang menyediakan lima tempat duduk.

Ia disajikan dalam tiga model berbeza: RWD Long Range dengan jarak pemanduan sehingga 475 kilometer; RWD Long Range sehingga 605 kilometer; dan AWD Performance sehingga 540 kilometer.

Pengecasan pantas daripada 10 peratus hingga 80 peratus boleh dilakukan dalam masa 10.5 minit sahaja, manakala pecutan dianggarkan dari 6 saat untuk RWD hingga 3.9 saat untuk model AWD.

Reka bentuk luarannya berprofil aerodinamik yang anggun dan terdapat lima pilihan warna termasuk Crystal White dan Brook Blue dengan bumbung berwarna perak.

Di bahagian dalam, kabinnya memberi tumpuan pada keselesaan dan teknologi, menawarkan tiga jenis warna dalaman serta sistem audio Zeekr Sound Pro 21 pembesar suara.

SUV itu turut menampilkan kawalan suara lanjutan, prestasi yang boleh disesuaikan serta terdapat 36 kotak simpanan.

Keselamatan menjadi keutamaan teras kereta itu dan ia telah mencapai pengiktirafan Euro NCAP 5 bintang.

Ia menyediakan struktur badan berbentuk kubah yang diperkukuh dan sistem perlindungan keselamatan 720 darjah yang direka untuk meningkatkan perlindungan penumpang.

Zeekr 7X dijual dengan harga daripada $239,999 dan boleh didapati untuk pandu uji di Zeekr Centre Singapore di Leng Kee Road dan Zeekr House yang baru dibuka di Ubi Road.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg