Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Kerja bina menara ke-4, pusat hiburan baru MBS bermula Jul 2025

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerja bina menara ke-4, pusat hiburan baru MBS bermula Jul 2025

Apr 05, 2024 | 12:45 PM



Marina Bay Sands (MBS) akan memulakan kerja-kerja binaan skala besar – termasuk menara keempat dan pusat hiburan yang mempunyai 15,000 tempat duduk – menjelang Julai 2025, apabila projek berbilion dolar itu memasuki fasa akhir penambahbaikan reka bentuk.

Pembinaan disasarkan siap menjelang Julai 2029, kata MBS dalam satu kenyataan pada 5 April.

Tanggapan artis terkini yang dikeluarkan oleh resort bersepadu itu, menunjukkan pusat hiburan berada di antara hartanahnya yang sedia ada dan menara keempat.

Pusat, yang MBS harap akan “membantu menarik penghibur terkemuka dari Asia dan seluruh dunia”, juga akan mempunyai bahagian hadapan yang lebih terbuka.

Sebelum ini, menara keempat yang akan datang diletakkan di sebelah hartanah sedia ada, dengan arena lebih jauh.

Perluasan ini direka Safdie Architects, firma di sebalik hartanah sedia ada, diketuai oleh arkitek Moshe Safdie.

Encik Patrick Dumont, presiden dan ketua pegawai operasi Las Vegas Sands, syarikat induk MBS, berkata: “Menara hotel yang kesemuanya bilik jenis suite, akan memberikan taraf layanan baru.

“Pusat yang canggih pula akan membantu menarik minat mengadakan acara-acara hiburan terbaik serta artis terkemuka global.

“Ruang konvensyen dan pameran tambahan akan menambah kejayaan Singapura sebagai destinasi Mice (singkatan bagi mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran) terkemuka.

“Pelaburan besar di Singapura ini, akan membantu memastikan Marina Bay Sands berada pada kedudukan yang ideal, untuk mengembangkan sumbangan ekonomi, pekerjaan dan pengunjung pada tahun-tahun mendatang.”

Encik Dumont juga menekankan potensi pembangunan untuk memacu pertumbuhan pelancongan untuk Singapura.

Projek pembesaran itu berbeza daripada pelaburan semula AS$1.75 bilion ($2.36 bilion) dalam hartanah sedia ada – pelaburan semula terbesar sejak pembukaan resort bersepadu itu pada 2010.

Sebelum ini, pengubahsuaian telah menaik taraf semula Menara 1 dan 2 hotel, memperkenalkan pilihan tempat makan baru dan kemudahan gaya hidup mewah yang disesuaikan untuk pengunjung bernilai tinggi.

Usaha pengubahsuaian kini, antara lain, akan beralih ke arah Menara 3 hotel, lobi dan Sands SkyPark, dan akan menampilkan kemudahan makan dan berbelanja premium baru serta lobi yang diubah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >