Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pertunjukan dron naga di Marina Bay dijadual semula

Feb 13, 2024 | 3:20 PM
Pertunjukan selama 10 minit, di sepanjang persiaran Marina Bay Waterfront, menampilkan 1,500 dron yang berlegar di angkasa.
Pertunjukan selama 10 minit, di sepanjang persiaran Marina Bay Waterfront, menampilkan 1,500 dron yang berlegar di angkasa. - Foto ST

Pertunjukan popular dron bertemakan naga yang dikenali sebagai The Legend Of The Dragon Gate di Marina Bay Sands (MBS) pada 17 Februari, akan diadakan lebih awal pada 15 Februari, 9 malam.

Ini bertujuan untuk “mengoptimumkan pengalaman menonton” dan menguruskan aliran trafik dengan lebih berkesan, menurut MBS dalam satu kenyataan pada 13 Februari. Tiada pertunjukan pada 17 Februari.

Pertunjukan pada 16 dan 18 Februari pula akan bermula pada 9 malam, bukan 8 malam yang dijadualkan sebelum ini. Tiada butiran lanjut diberikan berkenaan perubahan tersebut. 

MBS juga menasihatkan orang ramai bahawa laluan penerbangan dron tertakluk kepada perubahan berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu. Masa pertunjukan bermula mungkin ditangguhkan hingga ke 10 malam, bergantung kepada keadaan cuaca.

MBS terpaksa melaksanakan langkah tambahan bagi mengawal orang ramai berikutan kehadiran ribuan orang pada pertunjukan perasmian pada 10 Februari, yang mencetuskan kebimbangan keselamatan.

MBS mengadakan pertunjukan dron yang disifatkan terbesar di Singapura sejauh ini – untuk meraikan Tahun Baru Cina – persembahan yang menggunakan 1,500 dron menghiasi udara di persiaran Marina Bay Waterfront.

Walaupun hujan turun kira-kira dua minit selepas bermulanya persembahan pada 8 malam, kira-kira 1,000 orang yang menonton persembahan sulung pada 10 Februari terpesona apabila dron itu digabungkan untuk mencipta formasi berbentuk naga raksasa yang berlegar di udara Marina Bay.

Antara yang hadir ialah jurutera Encik Tang Yann Song, 48 tahun, ditemani keluarganya.

“Kami sepatutnya berada di Malaysia untuk Tahun Baru Cina, tetapi disebabkan beberapa keadaan yang tidak diduga, kami memutuskan untuk menghabiskan masa kami di sini menonton pertunjukan dron itu,” kata Encik Tang, yang tiba di MBS pada 6 petang.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg